awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Tangan kami terlepas...saya yang lemas, dia yang meninggal dunia'
Seorang maut, 26 cedera dalam nahas 50 kenderaan di lebuh raya Jepun
Papa Zola The Movie guna dialek negeri tarik penonton ke pawagam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Catherine Connolly angkat sumpah sebagai presiden ke-10 Ireland

Astro Awani
Astro Awani
11/11/2025
03:00 MYT
Catherine Connolly angkat sumpah sebagai presiden ke-10 Ireland
Connolly memenangi pilihan raya presiden dengan majoriti besar pada akhir Oktober, menewaskan calon Fine Gael, Heather Humphreys. - Foto AP
DUBLIN: Catherine Connolly, ahli politik bebas yang berpengaruh dari Galway, akan mengangkat sumpah sebagai Presiden ke-10 Ireland dalam satu majlis rasmi di Istana Dublin hari ini.

Ringkasan AI
  • Catherine Connolly mengangkat sumpah sebagai Presiden ke-10 Ireland menggantikan Michael D. Higgins yang berkhidmat selama 14 tahun.
  • Connolly, 68 tahun, menang besar dalam pilihan raya presiden pada Oktober lalu, menewaskan calon Fine Gael, Heather Humphreys.
  • Presiden Ireland memegang peranan sebagai simbol perpaduan dan demokrasi; majlis perlantikannya di Dewan St Patrick akan dihadiri oleh ahli politik dan tetamu kehormat dari seluruh negara.

Beliau menggantikan Michael D. Higgins, yang menamatkan tempoh perkhidmatan selama 14 tahun sebagai ketua negara pada tengah malam tadi.
Connolly, 68, memenangi pilihan raya presiden dengan majoriti besar pada akhir Oktober, menewaskan calon Fine Gael, Heather Humphreys.
Majlis perlantikan beliau akan berlangsung di Dewan St Patrick, ruang bersejarah yang telah menjadi lokasi semua upacara pelantikan presiden Ireland sejak tahun 1938.
Presiden Ireland memegang jawatan sebagai ketua negara dalam kapasiti bukan eksekutif, berperanan sebagai simbol perpaduan dan demokrasi.
Upacara hari ini akan dihadiri oleh ahli politik, hakim, dan tetamu kehormat dari seluruh negara.
Sebelum majlis berlangsung, Connolly dan suaminya, Brian McEnery, dijadualkan berangkat dari Farmleigh di Taman Phoenix menuju ke Istana Dublin dalam perarakan rasmi.
Topic Berkaitan
#Catherine Connolly
#Michael D Higgins
#angkat sumpah
#presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan