DUNIA
Catherine Connolly menang pilihan raya presiden Ireland
Catherine Connolly memenangi pilihan raya presiden Ireland dengan 63.36 peratus undi pilihan pertama, menewaskan Heather Humphreys dari Fine Gael. -Gambar fail/Reuters
LONDON: Ahli politik bebas Catherine Connolly memenangi pilihan raya presiden Ireland dan akan berkhidmat sebagai presiden ke-10 negara itu selepas memperoleh 63.36 peratus undi pilihan pertama, menurut keputusan rasmi yang diumumkan pada petang Sabtu, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
Calon berusia 68 tahun itu, yang disokong beberapa parti berhaluan kiri termasuk Sinn Fein, bersaing dengan Heather Humphreys daripada parti Fine Gael, bekas menteri kerajaan, dalam pilihan raya yang diadakan pada Jumaat.
Keputusan menunjukkan kemenangan besar kepada Connolly seperti yang diramalkan tinjauan pendapat, dengan memperoleh 914,143 undi pilihan pertama.
Humphreys, yang meraih 29.46 peratus undi pilihan pertama, mengucapkan tahniah kepada Connolly pada Sabtu petang kerana menjadi "presiden untuk kita semua" sebelum keputusan penuh diumumkan.
Calon ketiga dalam senarai undian, Jim Gavin yang disokong parti Fianna Fail, menarik diri daripada pertandingan awal Oktober berikutan kontroversi mengenai pertikaian sewaan.
Connolly telah berkhidmat sebagai ahli parlimen bagi kawasan Galway West sejak 2016 dan sebelum itu bekerja sebagai ahli psikologi serta peguam bela.
Beliau dilantik sebagai timbalan speaker dewan rendah parlimen pada 2020, menjadikannya wanita pertama memegang jawatan tersebut.
Connolly akan mengangkat sumpah bagi menggantikan Presiden Michael D. Higgins yang akan menamatkan penggal kedua dan terakhirnya pada November.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Catherine Connolly memenangi pilihan raya presiden Ireland dengan 63.36 peratus undi pilihan pertama, menewaskan Heather Humphreys dari Fine Gael.
- Connolly disokong parti berhaluan kiri termasuk Sinn Fein dan akan menggantikan Presiden Michael D. Higgins pada November.
- Beliau merupakan ahli parlimen Galway West sejak 2016 dan wanita pertama dilantik sebagai timbalan speaker dewan rendah pada 2020.