[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

CBS News silap, terbit berita palsu kematian Barbara Bush

Agensi 16/04/2018 | 00:23 MYT
Tangkapan skrin CBS News, yang secara tidak sengaja menerbitkan berita kematian isteri bekas presiden AS, Barbara Bush, atas talian pada Ahad.
AGENSI berita CBS News secara tidak sengaja menerbitkan berita kematian isteri bekas presiden AS, Barbara Bush, atas talian pada Ahad.
Tajuk berita, ‘JANGAN TERBIT - Bekas wanita pertama Barbara Bush meninggal dunia pada usia 92 - JANGAN TERBIT’ itu diterbitkan di cbsnews.com, sebelum diturunkan semula.
Pada Ahad, pejabat George H. W. Bush telah mengeluarkan kenyataan bahawa Barbara telah mengambil keputusan untuk tidak mendapatkan rawatan pertubatan di hospital sebaliknya mahu penjagaan di rumah.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Barbara Bush #CBS #First Lady #wanita