awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CDC AS beri amaran jangkitan kulat Candida auris

Bernama
Bernama
22/03/2023
21:02 MYT
CDC AS beri amaran jangkitan kulat Candida auris
Menurut data CDC, kulat Candida auris merebak pada kadar yang membimbangkan di kemudahan penjagaan kesihatan AS dari 2020 hingga 2021. - Foto REUTERS
LOS ANGELES: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran mengenai penularan jangkitan kulat dikenali Candida auris (C. auris), sejenis kulat yang baharu muncul dan mudah merebak.
C. auris dianggap sebagai ancaman rintangan antimikrobial (AR) kerana ia tahan terhadap pelbagai ubat antikulat, mudah merebak di kemudahan penjagaan kesihatan dan boleh menyebabkan jangkitan teruk dengan kadar kematian yang tinggi, memetik laporan CDC dalam laporan yang dikeluarkan pada Isnin.
Menurut data CDC, kulat itu merebak pada kadar yang membimbangkan di kemudahan penjagaan kesihatan AS dari 2020 hingga 2021.
"Peningkatan tiga kali ganda pada 2021 daripada bilangan kes yang tahan terhadap echinocandins, ubat antikulat yang paling disyorkan untuk rawatan jangkitan C. auris sangat membimbangkan," menurut CDC.
CDC berkata C. auris bukan ancaman kepada orang yang sihat. Tetapi sangat berisiko tinggi kepada mereka yang sakit, mempunyai peranti perubatan invasif atau tinggal lama atau kerap di kemudahan penjagaan kesihatan.
"Peningkatan pesat dan penyebaran geografi kes membimbangkan dan perlu pengawasan berterusan, kapasiti makmal yang diperluas, ujian diagnostik yang lebih pantas dan pematuhan terhadap pencegahan dan kawalan jangkitan yang terbukti," kata pakar epidemiologi CDC Dr Meghan Lyman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#CDC
#kulat Candida auris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan