Ketika para penyelidik di seluruh negara sedang 'berlumba-lumba' membangunkan vaksin untuk memerangi jangkItan COVID-19, Jepun pula mendakwa ubat kumur yang biasa digunakan untuk membersihkan mulut mampu membunuh virus itu.
Portal tempatan, Sora News 24 melaporkan, perkara itu didedahkan oleh Gabenor Osaka, Hirofumi Yoshimura dalam satu sidang akhbar, semalam.
Beliau memberitahu, kajian yang dilakukan ke atas 40 pesakit bergejala ringan atau tanpa gejala mendapati, kandungan virus pandemik dalam air liur menurun selepas mereka berkumur menggunakan ubat kumur yang mengandungi povidone-iodine.
Katanya, ketika kajian itu dilakukan, cecair berkenaan diberikan empat kali sehari kepada pesakit COVID-19 dalam tempoh Jun hingga Julai lalu.
"Pada hari keempat, ketika ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dilakukan, hanya sembilan peratus daripada mereka yang didapati positif jangkitan itu berbanding 40 peratus yang tidak berkumur menggunakan cecair itu," katanya.
Ekoran pengumuman itu, berlaku pembelian panik berdasarkan rak menyimpan cecair kumur di beberapa pasar raya yang kelihatan kosong.
Bagi membuktikan keberkesanannya, Jepun kini menjalankan kajian dengan menggunakan 1,000 sampel ke atas pesakit bergejala ringan dan tanpa gejala.
Pengarah Pusat Penyelidikan Next-Generation Drug Development di Osaka Prefectural Hospital Organization Osaka Habikino Medical Centre, Akifumi Matsuyama menegaskan, sampel yang lebih besar penting dalam menentukan kejituan keputusan.
Katanya, meskipun kajian terkini yang dilakukan itu terbatas, namun Gobenor Yoshimura komited berkongsi 'berita baik' itu.
"Saya tidak boleh memberi jaminan yang COVID-19 boleh sembuh sepenuhnya, tapi saya berharap dengan menggunakan ubat kumur ini, ia boleh membantu mencegah penyebaran jangkitan," jelasnya.
Malah pada Jun lalu, sekumpulan pakar dari Malaysia dengan kerjasama sebuah syarikat farmaseutikal turut tampil dengan hasil yang hampir sama, apabila mendapati produk kumur mulut dengan kandungan povidone iodine di dalamnya didakwa mampu mencegah penyebaran COVID-19.
Dengan keberkesanan mematikan virus SARS-COV-2 (punca COVID-19) sehingga 99.99 peratus, kajian itu turut mendapati virus itu boleh ‘dimatikan’ dalam tempoh 15 hingga 30 saat kerana kandungan povidone-iodine di dalamnya.
Astro Awani
Wed Aug 05 2020
Bagi membuktikan keberkesanannya, Jepun kini menjalankan kajian dengan menggunakan 1,000 sampel ke atas pesakit bergejala ringan dan tanpa gejala. - Gambar fail/AP
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
Cecair kumur dapat kurangkan jangkitan COVID-19? - Kajian di Jepun
Jepun mendakwa ubat kumur yang biasa digunakan untuk membersihkan mulut mampu membunuh virus COVID-19.
Argentina bina hospital lapangan rawat pesakit COVID-19 bergejala ringan
Pihak berkuasa Argentina membina sebuah hospital lapangan di Taman Tecnopolis sebagai persediaan menerima pesakit COVID-19 dengan gejala ringan.