Cenderamata cawan sokong Oprah Winfrey tanding presiden habis dijual

Agensi
Januari 8, 2018 20:50 MYT
Cawan 'Oprah 2020' ini adalah sebahagian daripada koleksi barangan yang membawa mesej pemerkasaan wanita di kedai Fishs Eddy. - Foto: Media sosial
Sebuah kedai barangan keperluan rumah di New York terkejut apabila cenderamata berupa cawan yang memaparkan wajah ikon dunia penyiaran, Oprah Winfrey, tiba-tiba habis dijual.
Cenderamata yang memaparkan wajah dan nama Oprah serta tertera tahun ‘2020’ itu adalah antara koleksi lama, malah telah berada di kedai Fishs Eddy sejak musim panas tahun lalu.
Namun, selepas ucapan Oprah sempena acara anugerah Golden Globe semalam, rekod jualannya melonjak hingga kehabisan bekalan.
Ini didorong lagi dengan khabar yang menyatakan selebriti tersebut ‘mahu memikirkan secara serius’ tentang kemungkinan bertanding jawatan nombor satu di Amerika Syarikat (AS) itu.
“Orang membeli kerana mereka pernah berpendapat sebegitu (Oprah menjadi Presiden AS). Namun, malam tadi, pelanggan datang ke kedai dan berkata ‘Oh, ada cawan Oprah, saya mahu beli!’
“Ucapan Oprah malam tadi benar-benar melonjakkan jualan,” kata pengurus setor Fishs Eddy kepada Business Insider.
BACA: Oprah Winfrey bertanding presiden Amerika Syarikat?
Cawan tersebut adalah sebahagian daripada koleksi barangan yang membawa mesej pemerkasaan wanita, diletakkan bersama cawan-cawan lain dengan imej wanita berkuasa lain seperti Senator Elizabeth Warren.
Intipati ucapan Oprah sempena malam anugerah itu menyentuh tentang kempen “Me Too” yang berkaitan kes serangan dan pencabulan seksual dalam industri Hollywood.
Sementara itu, reaksi tentang Oprah hendak bertanding sebagai Presiden AS pada tahun 2020 menerima maklum balas yang bercampur.
Sesetengah pihak mengatakan mogul bidang penyiaran itu mempunyai kepintaran, sumber dan semangat kemanusiaan yang kuat sebagai pemimpin.

If @Oprah ran for president in 2020, she is every person. She has been poor & now rich. She is also a self made Billionaire. She has a grasp of the issues as she used to cover local politics. She can articulate any issue and she has mass appeal beyond race & gender.

— AprilDRyan (@AprilDRyan) January 8, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

And as for @Oprah, she took my breath away! How wonderful to listen to someone who can speak eloquently and intelligently and can move you with her words. God bless her.

— Marina Sirtis (@Marina_Sirtis) January 8, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Begitupun, setengah pihak lagi menyatakan golongan selebriti tidak layak untuk memimpin dan Oprah tidak mempunyai kewibawaan untuk membuat perubahan signifikan di tampuk pentadbiran negara, hinggakan ada yang memburuk-burukkan Oprah dengan kisah lamanya.

Unfortunately, I don't want her to run. We need someone already in government who has pull to get things done. Even as kindhearted as Oprah is, we don't need another wealthy celebrate with no political experience/history at the helm.

— Cynthia Griffin (@thiafinart) January 8, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

She is part of Hollywood and they all have mental health issues

— Michael (@mikemack8601) January 8, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Amerika Syarikat #cenderamata #Golden Globe #Oprah Winfrey #presiden