awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CEO Lufthansa jangka lebih banyak pemotongan jadual penerbangan

Bernama
Bernama
13/10/2024
21:00 MYT
CEO Lufthansa jangka lebih banyak pemotongan jadual penerbangan
CEO Lufthansa berkata, kenaikan kos negera yang melampau untuk pengangkutan udara menyebabkan penurunan bekalan yang lebih teruk. - Foto fail/AP
BERLIN: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lufthansa, Carsten Spohr menjangkakan pengurangan lebih lanjut dalam jadual penerbangan Jerman dan meluahkan kebimbangan bahawa ia boleh menjejaskan daya tarikan negara itu kepada pelabur asing, menurut akhbar Bild am Sonntag, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Saya sangat bimbang tentang hubungan (Jerman sebagai) lokasi perniagaan," kata Spohr kepada akhbar itu.
"Kenaikan kos negara yang melampau untuk pengangkutan udara menyebabkan penurunan bekalan yang lebih teruk. Semakin banyak syarikat penerbangan mengelak lapangan terbang Jerman atau membatalkan sambungan penting," tambahnya.
Ryanair dan anak syarikat Lufthansa, Eurowings, baru-baru ini membatalkan banyak penerbangan, dengan alasan kos tinggi di lapangan terbang Jerman.
Industri penerbangan telah mengadu selama beberapa bulan mengenai kos yang tinggi seperti yuran penerbangan, peningkatan cukai pengangkutan udara yang diperkenalkan pada Mei, serta caj untuk pemeriksaan keselamatan dan kawalan trafik udara.
Spohr turut mengkritik peraturan baharu Jerman yang akan datang, seperti kuota campuran untuk e-fuels walaupun bekalannya belum mencukupi.
Beliau memberi amaran bahawa ini akan menurunkan kualiti hubungan Jerman ke wilayah ekonomi penting, berbanding dengan lokasi antarabangsa lain.
E-fuels ialah bahan api berasaskan karbon yang dihasilkan secara sintetik yang bertujuan untuk mengurangkan pelepasan CO2 yang merosakkan iklim dari pesawat.
Persatuan industri trafik udara BDL menyokong penggunaan hasil daripada peningkatan cukai trafik udara untuk mempromosikan bahan api penerbangan alternatif, seperti yang dinyatakan dalam perjanjian gabungan yang dicapai kerajaan Canselor Olaf Scholz.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lufthansa
#jadual penerbangan
#pengangkutran udara
#kenaikan kos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan