CEO portal berita Rappler ditangkap polis

Agensi
Februari 14, 2019 05:53 MYT
Maria merupakan salah seorang yang dianugerahkan Person of the Year oleh Time Magazine pada 2018 atas sumbangannya dalam melaporkan tentang propaganda dan pembunuhan bawah kerajaan Presiden Duterte. (Foto - Reuters)
Ketua Pegawai Eksekutif laman web berita tersohor Filipina, Rappler, ditangkap pihak polis di ibu pejabatnya di Manila pada Rabu.
Maria Ressa ditahan atas dakwaan ‘fitnah siber’ susulan laporan Rappler yang menceritakan tentang hubungan antara seorang ahli perniagaan dan seorang bekas hakim.
Menurut pihak penyokong kebebasan media, peristiwa itu digambarkan sebagai suatu cubaan oleh kerajaan untuk menyekat portal media tersebut, yang dikenali menerusi kritikannya terhadap kerajaan Filipina.
Sebelum ini, Presiden Rodrigo Duterte menafikan bahawa dakwaan terhadap Maria bermotifkan politik.
Maria merupakan salah seorang yang dianugerahkan ‘Person of the Year’ oleh Time Magazine pada 2018 atas sumbangannya dalam melaporkan propaganda dan pembunuhan bawah kerajaan Presiden Duterte, terutamanya berkaitan dengan kempennya untuk memerangi dadah.
Tuduhan terhadap ketua pegawai eksekutif itu bermula dari sebuah laporan Rappler tujuh tahun dahulu yang mengaitkan seorang ahli perniagaan dengan seorang bekas hakim di Mahkamah Tertinggi Filipina.
Kes tersebut difailkan di bawah undang-undang fitnah siber yang mula dikuatkuasakan sejak September 2012.
Jika Maria didapati bersalah, beliau boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 12 tahun.
Dalam kenyataannya kepada wartawan susulan ditahan polis, Maria berkata, “Saya terkejut kerana kedaulatan undang-undang telah dimusnahkan sehingga saya sendiri tidak dapat lagi melihatnya."
Dalam satu muat naik di laman web Twitter, salah seorang wartawan Rappler merakam peristiwa sewaktu Maria ditangkap, namun dihentikan oleh pihak NBI.

The arrest warrant vs Maria Ressa is being served at the Rappler HQ now, an officer part of the serving party who introduced himself to be part of the NBI tried to prohibit me from taking videos WHICH IS PART OF MY JOB pic.twitter.com/TElJzSjJer

— Aika Rey (@reyaika) February 13, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Turut dilihat di media sosial, netizen meluahkan kemarahan mengenai peristiwa itu yang mengecewakan perjuangan untuk kebebasan media sedunia - antaranya termasuk wartawan tersohor, Christiane Amanpour.

You know a government is desperate when they arrest a journalist. President Duterte: FREE @mariaressa NOW.@UNESCO@pressfreedom#MariaRessa#PressFreedom https://t.co/Ot4g3v6s34

— Christiane Amanpour (@camanpour) February 13, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#CEO #fitnah #freedom of speech #Kebebasan Media #kerajaan #mahkamah #Manila #Media #penjara #polis #politik #press freedom #Rodrigo Duterte #Twitter #undang-undang