awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cerita pilu suami kematian isteri akibat COVID-19 ini merobek hati netizen

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
26/09/2020
07:02 MYT
Cerita pilu suami kematian isteri akibat COVID-19 ini merobek hati netizen
Amirah pergi buat selamanya tanggal 23 September 2020, tiga hari selepas mengucapkan selamat hari lahir buat Ihsan. - Gambar twitter ihsanjie
KEHILANGAN orang yang tersayang merupakan satu perkara yang amat menyedihkan bagi semua insan tidak kira lelaki atau wanita, miskin atau kaya.
Perasaan sedih pilu tentunya akan menyelubungi setiap individu yang kehilangan orang yang disayangi. Kehilangan yang akan menjadi kerinduan yang tidak berpenghujung.
Begitulah yang berlaku terhadap seorang lelaki yang dikenali sebagai Ihsan dari Makassar, Indonesia yang kehilangan isteri akibat COVID-19.
Menerusi akaun Twitternya, Ihsan bercerita saat sebelum allahyarham isterinya dimaklumkan positif COVID-19.
Cerita Ihsan, tanggal 18 September lalu, isterinya allahyarham Amirah Lahaya, 31, ingin menonton adegan Hayati membaca surat perpisahan dengan Zainuddin dalam filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk.
Kepada Ihsan, keinginan isterinya menonton adegan tersebut seolah-olah satu pesanan bahawa mereka berdua juga akan terpisah.
15 minit selepas selesai menonton filem tersebut, Ihsan dihubungi doktor yang memaklumkan isterinya positif COVID-19.
"Tepat 7 hari lalu, Jumat (18/09/2020), saat masih di-opname (dirawat) di RS (hospital) non-COVID (bukan pesakit COVID-19), kamu ingin menonton adegan ketika Zainuddin dan Hayati berbincang di akhir filem, di mana Hayati membacakan surat perpisahannya.
"Seolah itu pesanmu sendiri kepadaku bahawa sebentar lagi kita akan berpisah.
"Kita selesai menonton filem itu pada pukul 10 pagi. Tidak lebih dari 15 minit kemudian, doktor menelefonku, aku teresak.
"Aku sengaja mengambil jarak darimu. Doktor mengatakan hasil swab kelmarin positif. Di sanalah Allah memberikan tanda kepergianmu," tulis Ihsan.
Amirah bagi Ihsan bukan sekadar seorang isteri dan ibu kepada anak tunggal mereka, Aruna Zakiyah Ihsan, 16 bulan, tetapi wanita itu merupakan guru yang menjadikan dirinya lebih baik.
Ketika bersama, Amirah sering memberikan semangat dan mendoakan Ihsan serta menjaga nama baiknya sebagai suami.
Amirah pergi buat selamanya tanggal 23 September 2020, tiga hari selepas mengucapkan selamat hari lahir buat Ihsan.
Kisah mereka menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial di Indonesia. Negara itu kini masih bergelut dalam gelombang pertama pandemik, yang menyaksikan peningkatan jumlah jangkitan baharu setiap hari.
Bismillah, ini hari kedua sejak istriku dimakamkan di Pemakaman Khusus Covid di Macanda, Gowa, Sulawesi Selatan. Setelah pemakaman di malam itu, aku kembali lagi ke rumah isolasi mandiri. Seorang diri. pic.twitter.com/6w29jKGrqK
— ihsan (@ihsanjie) September 25, 2020
Beberapa jam menjelang kepergianmu, kamu masih sempat menghubungiku, meminta untuk mengikhlaskan keadaanmu yang telah seminggu terbaring. Aku iyakan, aku ikhlaskan, agar hatimu damai. Hari itu, tak pernah kusangka, perjanjianmu dengan Allah SWT sudah sampai di penghujungnya. pic.twitter.com/ywvrCsD8Ow
— ihsan (@ihsanjie) September 25, 2020
Kini engkau sedang menuju sebuah kampung, di mana aku dan Aruna serta semua manusia akan tiba waktunya juga untuk turut berangkat ke sana. Kampung itu adalah kampung Akhirat. Allah ternyata sudah sangat rindu untuk memelukmu, Amirah. pic.twitter.com/hgBs63XZUL
— ihsan (@ihsanjie) September 25, 2020
Selamat jalan Amirah. Engkau mati satu kali, namun hidup selamanya. Dari aku yang selalu bangga pernah hidup denganmu. Muhammad Ihsan Harahap Daeng Rate. Gowa, Jumat (25/09/2020) Dalam ingatan istriku, Amirah Lahaya (Selasa, 21 Februari 1989 - Rabu, 23 September 2020) pic.twitter.com/mn9EWr4Vcf
— ihsan (@ihsanjie) September 25, 2020
Topic Berkaitan
#COVID-19
#isteri
#kehilangan
#kematian
#lelaki
#pandemik
#pilu
#sedih
#suami
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan