awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cetuskan momentum baharu dalam pembangunan zon ekonomi negara - Xi

Bernama
Bernama
21/10/2024
13:19 MYT
Cetuskan momentum baharu dalam pembangunan zon ekonomi negara - Xi
Xi menyifatkan pembinaan zon ekonomi dan teknologi kebangsaan sebagai komponen utama dalam landskap pembaharuan yang terbuka di negara ini. - Gambar fail/Reuters
TIANJIN (China): Presiden China Xi Jinping baru-baru ini mengarahkan agar zon ekonomi dan teknologi kebangsaan melaksanakan konsep pembangunan baharu dengan fokus kepada modenisasi ala China.
Arahan itu juga menekankan kepentingan untuk mencetuskan momentum baharu dalam bidang inovasi, meningkatkan penglibatan dalam pembentukan Paradigma Pembangunan Baharu, memperincikan pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka serta menyasarkan pembangunan yang berkualiti tinggi pada era baharu.
Beliau yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat menyifatkan pembinaan zon ekonomi dan teknologi kebangsaan sebagai komponen utama dalam landskap pembaharuan yang terbuka di negara ini.
"Dalam tempoh 40 tahun lepas, peranan yang dimainkan pelbagai zon pembangunan ekonomi dan teknologi kebangsaan sangat menonjol dalam meningkatkan tahap keterbukaan, memperincikan dasar pembaharuan dan inovasi, membina ekosistem ekonomi yang baharu, memacu koordinasi dalam pembangunan daerah dan meningkatkan kualiti perindustrian," kata beliau.
Xi menegaskan bahawa pelbagai pihak berkenaan perlu tampil menjadi barisan hadapan dalam menambah baik sistem dan mekanisme yang berkait dengan pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka selain berusaha melakar pencapaian yang cemerlang.
"Selain itu, perlu mengambil bahagian secara aktif dalam pembinaan bersama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan, memperkasa kerjasama antarabangsa, mengambil langkah yang inovatif dalam menarik pelaburan asing dan membina jenama 'Pelaburan China'. Terdapat juga keperluan mengukuhkan dan menaik taraf asas perindustrian pembuatan yang maju, menggalakkan industri teknologi berkembang ke arah canggih, hijau dan pendigitalan, mempergiatkan pembinaan industri digital dan industri masa depan, serta mengembangkan 'kuasa produktif berkualiti baharu' yang serasi dengan sumber asli daerah," kata Xi.
Arahan Xi itu disampaikan oleh Naib Perdana Menteri He Lifeng dalam satu majlis libat urus yang diadakan di Tianjin pada Ahad berhubung pembangunan zon ekonomi dan teknologi kebangsaan China yang genap 40 tahun penubuhannya.
--BERNAMA-CMG
Topic Berkaitan
#zon ekonomi
#teknologi kebangsaan
#masa depan
#Industri digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan