awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Channel 1 saluran berita guna sepenuhnya penyampai, penulis AI

Amanz
Amanz
14/12/2023
08:49 MYT
Channel 1 saluran berita guna sepenuhnya penyampai, penulis AI
Channel 1 ialah saluran berita yang berpangkalan di Los Angeles dengan berita ditulis oleh AI dan disampaikan pula oleh hos yang juga adalah avatar digerakkan menggunakan AI. - Gambar/ Amanz
BEBERAPA pakar dalam dunia kecerdasan buatan (AI) memberikan amaran tahun in bahawa penggunaan AI tanpa kawalan boleh mengancam tamadun manusia. Dengan AI kini sudah melepasi tahap pertama kecerdasan am buatan (AGI), semakin banyak kerja yang dahulunya dilakukan manusia akan diambil alih.
Salah satu kerjaya yang terancam ialah bidang kewartawanan termasuk penyampai berita.
Channel 1 ialah saluran berita yang berpangkalan di Los Angeles dengan berita ditulis oleh AI dan disampaikan pula oleh hos yang juga adalah avatar digerakkan menggunakan AI.
Saluran ini akan ditawarkan percuma menerusi laman web sendiri, aplikasi telefon pintar, X.com dan penstriman dengan sokongan iklan.
See the highest quality AI footage in the world. - Our generated anchors deliver stories that are informative, heartfelt and entertaining. Watch the showcase episode of our upcoming news network now. pic.twitter.com/61TaG6Kix3
— Channel 1 (@channel1_ai) December 12, 2023
Di masa hadapan, pembangun Channel 1 berkata pelanggan boleh memperibadikan sendiri rupa dan suara penyampai berita AI mengikut kehendak sendiri. Malahan bahasa berita disampaikan turut boleh diubah ke bahasa Inggeris, Yunani, Tagalog dan Tamil seperti diperlihatkan dalam video di atas.
Saluran ini akan menggunakan sumber berita daripada agensi terkemuka yang belum diumumkan pada waktu ini. Dengan ini hanya berita yang disahkan sahaja akan disampaikan kepada penonton. Menurut Channel 1, pelanggan mereka kelak turut akan mendapat berita yang diperibadikan dengan minat mereka setiap hari apabila ditawarkan menerusi aplikasi telefon pintar. Saluran berita kecerdasan buatan sepenuhnya ini akan dilancarkan tahun depan tetapi tarikh belum diumumkan.
Penggunaan AI menggantikan penyampai bukanlah idea baharu. China memulakannya pada tahun 2018 dengan di Malaysia ia digunakan oleh stesen radio Fly FM dan juga di Astro AWANI. - Amanz
Topic Berkaitan
#saluran berita AI
#kecerdasan buatan
#penyampai berita AI
#Channel 1
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan