awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ChatGPT 5.0 lebih pintar - Pengasas bersama OpenAI

Bernama
Bernama
13/02/2024
12:00 MYT
ChatGPT 5.0 lebih pintar - Pengasas bersama OpenAI
ChatGPT, model AI yang terkenal di seluruh dunia, bersedia untuk mengalami peningkatan penting dalam kecerdasan buatan (AI). - Gambar fail/REUTERS
DUBAI: ChatGPT, model AI yang terkenal di seluruh dunia, bersedia untuk mengalami peningkatan penting dalam kecerdasan buatan (AI), umum pengasas bersama OpenAI dan ketua pegawai eksekutifnya Sam Altman.
Altman memberi bayangan mengenai versi ChatGPT 5.0 yang bakal menjanjikan perubahan lebih besar dalam landskap AI ketika menghadiri World Government Summit (WGS 2024) yang diadakan di sini pada Selasa.
"Ia mungkin kedengaran menjengkelkan. Tetapi apa yang penting ia akan menjadi lebih bijak," katanya dalam Sesi Pleno dengan Menteri Emiriah Arab Bersatu AI, Omar Sultan Al Olama.
Sambil mengiktiraf pelbagai kemajuan telah dicapai bermula daripada prestasi tugas yang dipertingkatkan hingga kepantasan dan keupayaan multimodal (pelbagai mod), Altman turut menekankan kepentingan versi terkini dalam meningkatkan tahap kecerdasan.
"Ada banyak perkara lain yang boleh kita bincangkan. Ia akan menjadi lebih baik pada tugas-tugas seperti ini. Ia akan menjadi multimodal dan lebih pantas.
"... kami akan menjadikan model ini lebih pintar dan ia akan menjadi lebih baik. Segala-galanya secara menyeluruh," kata Altman.
ChatGPT 4.0 yang menjadi kemuncak pencapaian AI terkini telah mendapat pujian meluas bagi keupayaan pemprosesan bahasa dan pemahaman konteks.
Bagaimanapun, ChatGPT 5.0 bakal menjanjikan lebih banyak kelebihan dan bersedia untuk mentakrifkan semula intipati pengenalan buatan, menurut laporan antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ChatGPT
#lebih pintar
#kecerdasan buatan
#OpenAI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan