awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ChatGPT berupaya simpan butiran pengguna

Bernama
Bernama
14/02/2024
06:08 MYT
ChatGPT berupaya simpan butiran pengguna
Chatbot iaitu ChatGPT tidak lama lagi berupaya menyimpan maklumat dan data mengenai penggunanya. - Gambar fail
SAN JOSE : Chatbot iaitu ChatGPT tidak lama lagi berupaya menyimpan maklumat dan data mengenai penggunanya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Fungsi berkenaan kini diuji dalam kelompok kecil. Sebagai contoh, perisian itu boleh "mengingati" maklumat bahawa anda mempunyai anak perempuan yang suka obor-obor - atau anda lebih suka menerima ringkasan mesyuarat di tempat kerja.
"Jika kemudiannya anda meminta ChatGPT mereka bentuk kad hari jadi untuk anak anda, gambar itu mungkin termasuk obor-obor yang memakai topi hari jadi," menurut syarikat OpenAI pada Selasa.
Bagi membolehkan ChatGPT menyimpan maklumat tentang pengguna untuk kegunaan pada masa hadapan, pengguna perlu meminta chatbot berbuat demikian pada kali pertama fungsi itu dilaksanakan.
Anda kemudiannya boleh bertanya perkara yang diketahui tentang diri anda - dan memadam semua atau butiran individu.
Fungsi memori bertujuan untuk menjadikan chatbot lebih berguna. Sembang sementara tersedia untuk perbualan tanpa personalisasi. Maklumat daripada perbualan ini tidak digunakan untuk latihan perisian.
Chatbot AI, seperti ChatGPT dilengkapi dengan sejumlah besar maklumat dan boleh merumuskan teks pada tahap linguistik manusia.
ChatGPT mampu menganggarkan perkataan demi perkataan dan bagaimana ayat harus digunakan. Bagaimanapun, ia masih boleh memberikan jawapan yang salah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ChatGPT
#maklumat pengguna
#simpan data
#pengguna
#AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan