awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chef wanita Arab bawa Iftar ke tahap baru dengan kemahiran masakannya

Astro Awani
Astro Awani
30/05/2017
16:03 MYT
Chef wanita Arab bawa Iftar ke tahap baru dengan kemahiran masakannya
Doha adalah seorang wanita yang berjaya meraih perhatian dunia dalam bidang yang didominasi oleh kaum lelaki. - Foto REUTERS
Seperti kebanyakan chef, Doha Abdullah mula kerja setiap hari dengan penuh inspirasi.
Tetapi tidak seperti kebanyakan chef di Arab Saudi, Doha adalah seorang wanita dan dia berjaya meraih perhatian dunia dalam bidang yang didominasi oleh kaum lelaki.
Wanita di Arab Saudi kini boleh bekerja dalam bidang perniagaan dan hospitaliti dan dibenarkan untuk bersaing dalam Sukan Olimpik buat kali pertama pada tahun 2012.
Tahun lepas, satu seksyen baru bagi wanita telah ditubuhkan oleh pihak berkuasa sukan dan tahun ini Bursa Saham Saudi melantik pengerusi perempuan pertamanya, Sarah al-Suhaimi.
Dan, Doha pula sedang mencipta nama sendiri dalam bidang masakan Arab.
Memperolehi latihan masakan dari Beirut dan India, Doha membawa Iftar ke tahap baru dengan tafsiran hidangan tradisionalnya sendiri, termasuk 'marqoq' - sejenis kari dengan rempah, sayur-sayuran, daging dan roti tradisional yang dikenali sebagai "pratha”.
"Marqoq adalah hidangan tradisional yang diwarisi dari nenek moyang kami. Ia adalah hidangan yang lama, tetapi sebagai chef, saya telah menambah beberapa perkara baharu dan beberapa perisa juga telah dipertingkat.
“Saya meletakkan tanda saya di atasnya. Saya berharap pembaharuan ini akan menjadi keistimewaan dalam hidangan ini,” katanya.
Riyadh Andalusia Hotel turut mengiktiraf kemahirannya dan mengambil keputusan untuk memberi kawalan penuh restoran Arabnya, Al-Majles kepada Doha.
"Mereka telah memberikan keyakinan kepada saya. Mereka kata, anda akan menjaga dapur ini. Pilih kakitangan yang anda ingin, buat keputusan mengenai waktu kerja anda, lakukan apa sahaja yang anda suka. Kami tidak akan campur.”
“Mereka menggalakkan saya dan memberikan saya semua sokongan,” jelasnya.
Kreativiti dan inspirasi Abdullah terjelas apabila para tetamu sering kembali ke restoran tersebut untuk menikmati hidangannya.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#chef
#Doha Abdullah
#iftar
#makan
#makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan