[TERKINI] Amir Hamzah Jalankan Tugas Menteri Ekonomi Berkuat Kuasa Serta-Merta – RMK13 Jadi Tumpuan | Berita Lanjut di Sini
INTERNATIONAL

China: 25 cedera pesawat penumpang tergelincir

Bernama 12/05/2022 | 05:16 MYT
Sebuah pesawat penumpang tergelincir dari landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chongqing Jiangbei, Chongqing, China, 12 Mei 2022. (Foto AP)
CHONGQING: Seramai 25 orang cedera selepas sebuah pesawat penumpang tergelincir dari landasan dan terbakar ketika hendak berlepas dari lapangan terbang di Chongqing, China kira-kira 8 pagi Khamis, lapor Xinhua.
Menurut sumber lapangan terbang pesawat penumpang kendalian Tibet Airlines itu membawa 113 penumpang dan sembilan anak kapal.
Semua penumpang telah dipindahkan manakala mangsa cedera dihantar ke hospital.
-- BERNAMA
#China #pesawat tergelincir #pesawat terbakar #Tibet Airlines