China, AS adakan rundingan kawalan senjata nuklear di Washington minggu depan - Beijing

Bernama
November 2, 2023 12:38 MYT
Media AS pada Rabu melaporkan bahawa China bersetuju mengadakan perbincangan dengan Washington, dan pertemuan pertama antara dua kuasa besar itu dijangka berlangsung pada 6 Nov. - Gambar fail/Unsplash
BEIJING: China dan Amerika Syarikat (AS) akan mengadakan rundingan mengenai kawalan senjata dan ketakcambahan senjata nuklear di Washington pada minggu depan.
Kenyataan terbabit dikeluarkan jurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin dalam satu sesi taklimat pada Khamis, lapor Sputnik.
Media AS pada Rabu melaporkan bahawa China bersetuju mengadakan perbincangan dengan Washington, dan pertemuan pertama antara dua kuasa besar itu dijangka berlangsung pada 6 Nov.
-- BERNAMA
#kawalan senjata #sesi taklimat #pertemuan pertama #China