awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Extra Joss Oren kembali, segar & bertenaga setiap hari
Legenda bola sepak Wales, Terry Yorath meninggal dunia
Presiden Korea Selatan guna 'diplomasi penguin', seru perdamaian dengan Korea Utara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China "amat khuatir" situasi semasa di loji nuklear Zaporizhzhia

Bernama
Bernama
12/08/2022
04:37 MYT
China "amat khuatir" situasi semasa di loji nuklear Zaporizhzhia
China "amat bimbang" dengan serangan di loji janakuasa nuklear Zaporizhzhia di Ukraine.- AP
NEW YORK: Wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun pada Khamis berkata China "amat bimbang" dengan serangan di loji janakuasa nuklear Zaporizhzhia di Ukraine baru-baru ini, lapor Xinhua.
"Kami menyeru pihak berkaitan untuk mengelakkan dari melakukan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan tenaga nuklear, bertindak dengan berhemah, dan berusaha untuk meminimumkan kemungkinan kemalangan," katanya ketika sesi taklimat Majlis Keselamatan PBB.
Zhang pada Khamis mempengerusikan mesyuarat mengenai loji kuasa nuklear Zaporizhzhia dan selaku presiden Majlis Keselamatan bagi Ogos.
Utusan itu berkata bahawa serangan itu bagaimanapun tidak menimbulkan ancaman segera kepada keselamatan nuklear, dan tahap radiasi kekal normal, memetik maklumat yang diperoleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) daripada pengawal selia nuklear Ukraine.
"Namun begitu, serangan itu menyebabkan kerosakan pada integriti fizikal loji, sistem keselamatan, bekalan kuasa dan keselamatan kakitangannya," katanya.
Ukraine dan Rusia saling tuduh-menuduh menyalahkan satu sama lain mengenai serangan ke atas loji Zaporizhzhia, yang menjana satu perempat jumlah tenaga elektrik Ukraine.
Zhang menegaskan jika kemalangan berskala besar berlaku di loji janakuasa nuklear Zaporizhzhia, yang merupakan antara loji terbesar di Eropah, bencana lebih dahsyat daripada kemalangan nuklear Fukushima di Jepun boleh terjadi.
Kebocoran bahan radioaktif dengan kuantiti besar menyebabkan bencana nuklear Fukushima dan air tercemar mendatangkan kesan buruk kepada persekitaran marin, keselamatan rantaian makanan dan kesihatan manusia, sekali gus mencetuskan kebimbangan yang meluas, katanya.
"China tidak mahu melihat risiko yang sama berulang lagi," katanya.
Sambil menggesa pihak-pihak berkenaan untuk tidak melakukan sebarang provokasi, utusan itu melahirkan harapan agar sekatan sedia ada dapat diselesaikan secepat mungkin, supaya misi ke loji Zaporizhzhia oleh Ketua Pengarah IAEA Rafael Grossi dan pasukannya dapat direalisasikan tanpa berdepan halangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#loji janakuasa nuklear
#Zaporizhzhia
#Ukraine
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan