awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China beri vaksin percubaan kepada Kim Jong Un dan keluarga

Agensi
Agensi
01/12/2020
14:47 MYT
China beri vaksin percubaan kepada Kim Jong Un dan keluarga
China telah memberikan vaksin percubaan melawan jangkitan COVID-19 kepada Jong Un (gambar) dan keluarganya. -Foto fail/Reuters
CHINA telah memberikan vaksin percubaan melawan jangkitan COVID-19 kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dan keluarganya, lapor penganalisis Amerika Syarikat (AS) pada Selasa.
Menurut pakar Korea Utara di Pusat Pemikir Kepentingan Negara di Washington DC, Harry Kazianis, keluarga Pemimpin Agung serta beberapa pegawai kanan telah disuntik vaksin berkenaan.
“Kim Jong Un dan beberapa pegawai tertinggi melibatkan keluarga Kim dan rantaian pemimpin telah disuntik vaksin melawan COVID-19 sejak dua hingga tiga minggu yang lalu, semua kerana calon vaksin yang dihasilkan kerajaan China,” kata Kazianis, lapor Reuters.
Bagaimanapun, firma biotek yang mana atau keberkesanan dan keselamatan vaksin masih tidak jelas.
Syarikat China yang dilapor sedang mengusahakan penghasilan vaksin COVID-19 setakat ini termasuk Sinovac Biotech Ltd, CanSinoBio, dan Kumpulan Farmaseutikal Negara (Sinopharm) iaitu syarikat Beijing yang tidak disenaraikan, menurut saintis AS Peter J. Hotez.
Dakwa Sinopharm, vaksin mereka itu sudah digunakan oleh hampir satu juta rakyat Repulik itu, walaupun kesemua firma itu tidak mendedahkan hasil ujian klinikal fasa ketiga seperti mana yang diumumkan firma-firma biotek lain termasuk firma AS dan Jerman Pfizer dan BioNTech serta Moderna, firma United Kingdom (UK), Moderna, dan Rusia Sputnik V.
Korea Utara sehingga kini tidak melaporkan kes positif COVID-19 di dalam negara, namun menurut Perkhidmatan Perisikan Negara Korea Selatan, negara itu tidak mungkin terhalang daripada penularan virus oleh kerana berlakunya aktiviti perdagangan di antara Korea Utara dan China, sumber permulaan penularan pandemik Jan lalu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kim Jong Un
#Korea Utara
#vaksin
#Harry Kazianis
#Sinovac Biotech
#CanSinoBio
#Sinopharm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan