BEIJING: China mendakwa kapal perang Filipina merentas secara haram di Pulau Nansha di Laut China Selatan hingga 'merosakkan' ekosistem terumbu karang dengan teruk di kawasan itu.
Tuduhan itu dibuat ketika mana kedua-dua negara bertelagah merebut wilayah yang dipertikaikan di lokasi terumbu di laluan perairan yang luas.
Kementerian Sumber Asli China, dalam laporan komprehensif berkata, kapal perang Filipina merentas secara haram di sekitar Beting Thomas Kedua berhampiran Kepulauan Nansha.
Laporan menyebut, kekerapan kapal berkenaan berulang alik untuk tempoh masa yang lama menyebabkan kerosakan pada kepelbagaian, kestabilan dan kemampanan ekosistem terumbu karang.
Bagaimanapun, jurucakap pengawal pantai Filipina dan tentera laut Filipina enggan mengulas lanjut mengenai tuntutan atau laporan China.
China dan Filipina sering bertelagah berhubung Kepulauan Spratly atau dipanggil Kepulauan Nansha oleh China, Beting Thomas Kedua dan Beting Sabina.
Filipina menempatkan askar di atas kapal perang, BRP Sierra Madre, yang sudah usang dan tidak digunakan lagi di Beting Thomas Kedua, yang sengaja diletakkan oleh Manila sebagai pangkalan tenteranya pada 1999 untuk mengukuhkan tuntutan maritimnya.
Laporan itu mencadangkan supaya Filipina mengalihkan kapal perang itu untuk menghapuskan punca pencemaran dan mengelak daripada ia menyebabkan kemudaratan berterusan dan terkumpul kepada ekosistem terumbu karang.
China menuntut sebahagian besar Laut China Selatan sebagai wilayahnya sendiri, selepas Beijing menolak keputusan 2016 oleh Mahkamah Timbang Tara Tetap berpangkalan di The Hgue, yang memutuskan tuntutan maritimnya yang meluas tidak mempunyai asas undang-undang.
Kedua-dua pihak mendakwa kerosakan terumbu karang berlaku akibat pergerakan kapal dan kapal nelayan yang beroperasi di kawasan terumbu tertentu.
Tahun lalu, Filipina berkata ia sedang meneroka pilihan undang-undang terhadap China, yang menuduhnya memusnahkan terumbu karang dalam zon ekonomi eksklusifnya di Laut China Selatan.
Astro Awani
Mon Jul 08 2024
Filipina menempatkan askar di atas kapal perang, BRP Sierra Madre, yang sudah usang dan tidak digunakan lagi di Beting Thomas Kedua. - Foto REUTERS
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Singapura lancar projek pemulihan terumbu karang terbesar
NParks bekerjasama dengan Makmal Marin Nasional di Pulau St John (SJINML) untuk melaksanakan inisiatif itu.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
China dakwa kapal Filipina rosakkan terumbu karang di Laut China Selatan
China mendakwa kapal perang Filipina merentas secara haram di sekitar Beting Thomas Kedua berhampiran Kepulauan Nansha.
Usaha kenal pasti tekanan dihadapi terumbu karang diperhebat
DOF akan terus menjalankan pemantauan berterusan terhadap terumbu karang serta kualiti air bagi memelihara perairan lautan negara.
263 spesies hidupan marin di Taman Laut Melaka
Antara spesies yang wujud adalah terumbu karang jenis acropora yang kebiasaannya terdapat di pantai timur negara ini.
Sukarelawan, penyelam skuba kutip 100kg sampah di Pulau Perhentian
Jumlah itu termasuk 40kg pelbagai jenis sampah yang dikutip di kawasan terumbu karang dasar laut oleh 20 penyelam skuba.
Victoria STS Labuan laksana inisiatif penjagaan terumbu karang
Victoria STS (Labuan) Sdn Bhd bersetuju melaksanakan inisiatif penjagaan terumbu karang di sekitar Taman Laut Labuan.
Separuh terumbu karang dunia mungkin berada dalam persekitaran tidak sesuai pada 2035 - Kajian
Faktor perubahan iklim menjadi 'musuh' utama habitat terumbu karang di seluruh dunia.
Harga ikan naik? Pastikan anda pelihara, pulihara terumbu karang sebaiknya
Terumbu karang yang semakin berkurang menyebabkan jumlah ikan di sesuatu kawasan ikut sama berkurang.
Terumbu karang Great Barrier Reef semakin luntur
Walaupun ia boleh kalis luntur dalam suhu air sejuk dalam masa terdekat, beberapa terumbu karang telah pun kelihatan mati.