awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Malaysia perlu beralih daripada kuantiti kepada kualiti pelancong - MiTDA
Trump arah pengunduran Pengawal Negara dari Chicago, Los Angeles, Portland
SWCorp keluar 42 notis kesalahan membuang sampah pada sambutan Ambang Tahun Baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China galak anak muda ASEAN lanjut pengajian tinggi di negara itu

Bernama
Bernama
13/11/2025
20:15 MYT
China galak anak muda ASEAN lanjut pengajian tinggi di negara itu
China menggalakkan lebih ramai generasi muda ASEAN termasuk Malaysia melanjutkan pengajian tinggi di negara itu. - Foto hiasan
BEIJING: China menggalakkan lebih ramai generasi muda ASEAN termasuk Malaysia melanjutkan pengajian tinggi di negara itu, kata Naib Menteri Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC), Sun Haiyan.
Sun berkata, usaha itu bertujuan membantu negara-negara rakan kongsi melahirkan lebih ramai bakat dengan keupayaan teknologi yang mantap, seterusnya memperkukuh pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara mereka.
"Bagi menyokong usaha ini, kami menawarkan lebih banyak biasiswa kepada golongan muda di rantau ASEAN untuk melanjutkan pengajian di China. Kami percaya bahawa teknologi dan inovasi merupakan pemacu utama pertumbuhan ekonomi masa hadapan dan China mempunyai banyak universiti bertaraf dunia.
"Oleh itu, kita perlu mewujudkan lebih banyak peluang untuk golongan muda. Ini akan membantu negara anda melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang teknologi tinggi yang akan pulang ke tanah air untuk menyumbang kepada kemajuan industri dan ekonomi negara. Dengan penuh ikhlas, kami amat mengalu-alukan golongan muda ke universiti kami," katanya.
Sun berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan 24 delegasi dari enam negara ASEAN, iaitu Malaysia, Thailand, Filipina, Myanmar, Indonesia dan Brunei yang kini sedang melawat China.
Lawatan sambil belajar yang diadakan dari 12 hingga 19 Nov itu menumpukan kepada tema Pembinaan Parti, Pembangunan Berkualiti Tinggi, Pembukaan Bertaraf Tinggi, Pemodenan China dan Pemerkasaan Luar Bandar.
Menurut data rasmi, jumlah pertukaran pelajar dua hala antara China dan ASEAN melebihi 175,000 orang pada 2023, sekali gus mencerminkan kerjasama pendidikan yang semakin kukuh antara kedua-dua pihak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#generasi muda
#lanjut pengajian tinggi
#ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan