INTERNATIONAL
China gantung eksport unsur nadir bumi dan magnet

Eksport digantung kerana China belum menyediakan sistem untuk mengeluarkan lesen yang diperlukan. - Foto Amanz
CHINA mula menggantung eksport unsur nadi bumi (REE) dan magnet dengan unsur nadi bumi minggu ini selepas arahan diberikan kerajaan.
Menerusi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan China minggu lalu, eksport REE dan magnet ke semua negara dunia memerlukan lesen baharu yang perlu diluluskan oleh kerajaan.
Ia dilihat sebagai tindakan balas terhadap Amerika Syarikat yang mengenakan tarif tinggi ke atas China dua minggu lalu.
Eksport digantung kerana China belum menyediakan sistem untuk mengeluarkan lesen yang diperlukan. Sementara menanti sistem tersedia, bekalan REE dan magnet REE global akan berkurangan.Penggantungan eksport ini akan menimbulkan isu rantaian bekalan global kerana China memegang 70% pengeluaran REE yang telah diproses dan 90% pengeluaran magnet dengan REE.
Kesemua ini adalah penting untuk pengeluaran kenderaan, EV, peralatan elektronik, semikonduktor dan juga peralatan ketenteraan.
Jepun dan Australia mempunyai kemampuan eksport REE tetapi ia tidak memenuhi keperluan pasaran. Kanada mengumumkan akan memulakan perlombongan REE tahun lalu tetapi operasi akan hanya bermula dalam masa 10-15 tahun lagi.
China mendominasi pasaran pemprosesan REE kerana ia industri yang mencemarkan alam sekitar.
Ini adalah faktor mengapa kilang pemprosesan REE Lynas di Pahang menerima bantahan penduduk setempat dan menyebabkan pencemaran debu di sekitar unsur dilombong beberapa tahun lalu sebelum moratorium dikeluarkan pihak berkuasa.
Eksport REE ke negara dunia dilakukan oleh China bagi menghalang Amerika Syarikat mendapatkan bekalan sejak halangan dikenakan ke atas negara tersebut tahun lalu disebabkan Amerika meletakkan beberapa syarikat China ke dalam senarai entiti kerana didakwa membantu membangunkan senjata untuk keperluan tentera.
Sumber: New York Times
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami