[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

China gesa Israel undur tentera dari Syria

Bernama 11/04/2025 | 09:00 MYT
Geng Shuang menyelar tindakan Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa dan mencabul kedaulatan Syria. -Gambar fail/Reuters
NEW YORK: China menggesa supaya Israel segera menghentikan serangan menyasar Syria dan mengundurkan tenteranya dari negara itu secepat mungkin.

Ringkasan AI
  • China menggesa Israel menghentikan serangan ke atas Syria dan mengundurkan tenteranya.
  • Geng Shuang menyelar tindakan Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa dan mencabul kedaulatan Syria.
  • China sedia bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di Syria.

Kuasa Usaha Sementara Misi Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Geng Shuang membuat kenyataan itu susulan Israel melancarkan serangan udara terhadap banyak sasaran di Syria pada minggu lepas sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan yang teruk serta kemusnahan fasiliti.
Semasa berucap pada mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB mengenai isu Syria pada Khamis, Geng menyelar tindakan Israel secara serius melanggar undang-undang antarabangsa serta mencabul kedaulatan dan integriti wilayah Syria.
Beliau berkata peralihan politik yang stabil adalah kunci bagi memulihkan keamanan di Syria, dan ia harus menjadi matlamat utama yang disasarkan semua pihak terlibat.
China sedia bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk melakukan usaha tanpa henti ke arah mewujudkan keamanan dan kestabilan yang berkekalan di Syria serta memulihkan ketenteraman di rantau Asia Barat.
-- BERNAMA
#China #Israel #Syria #hentikan serangan #Geng Shuang