awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 : Silibus Tabika, Tadika Kemas diselaras untuk kanak-kanak 3 dan 4 tahun
Indonesia wajibkan pensijilan halal untuk makanan, kosmetik mulai Oktober 2026
Myanmar laksana fasa terakhir pilihan raya di sebalik tindakan ASEAN tidak iktiraf proses itu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China gesa masyarakat antarabangsa jadikan pendapat nasihat ICJ sebagai panduan

Bernama
Bernama
23/10/2025
15:05 MYT
China gesa masyarakat antarabangsa jadikan pendapat nasihat ICJ sebagai panduan
ICJ yang berpangkalan di The Hague pada Rabu menegaskan bahawa Israel mempunyai kewajipan untuk memudahkan penyaluran bantuan kemanusiaan ke Gaza. - Reuters
BEIJING: China pada Khamis menggesa masyarakat antarabangsa menjadikan pendapat nasihat yang dikeluarkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebagai panduan untuk meringankan krisis kemanusiaan di Palestin dengan berkesan, lapor Xinhua.
Jurucakap Kementerian Luar Guo Jiakun berkata masyarakat antarabangsa perlu terus berusaha tanpa henti bagi mencapai penyelesaian menyeluruh, adil dan berkekalan terhadap isu Palestin secepat mungkin.
ICJ yang berpangkalan di The Hague pada Rabu menegaskan bahawa Israel mempunyai kewajipan untuk memudahkan penyaluran bantuan kemanusiaan ke Gaza, termasuk bantuan yang disalurkan oleh agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Guo berkata pendapat nasihat ICJ dengan jelas menyatakan bahawa Israel wajib bekerjasama dengan PBB dan agensi-agensinya bagi memastikan penghantaran bantuan kemanusiaan ke wilayah Palestin yang diduduki, sejajar dengan kebimbangan dan harapan meluas masyarakat antarabangsa.
Beliau berkata China turut mengambil bahagian secara aktif dalam prosiding ICJ, mengemukakan kenyataan bertulis serta membuat kenyataan lisan di mahkamah yang menjelaskan sepenuhnya pendiriannya mengenai isu perundangan antarabangsa yang penting dan pendirian itu tercermin sepenuhnya dalam pendapat nasihat yang dikeluarkan oleh mahkamah.
Berhubung isu Palestin, jurucakap itu menegaskan pendirian China adalah konsisten dan jelas dengan Beijing sentiasa menjunjung keadilan serta teguh menyokong perjuangan sah rakyat Palestin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#ICJ
#masyarakat antarabangsa
#Keadilan
#krisis kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan