awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China giat salur keperluan buat wilayah terjejas COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
31/03/2022
01:14 MYT
China giat salur keperluan buat wilayah terjejas COVID-19
Keadaan lengang di tengah bandar susulan lockdown yang dikenakan di Shanghai, China, 30 Mac 2022. (Foto AP)
PIHAK berkuasa tempatan di wilayah yang terjejas akibat penularan COVID-19 di China memastikan bekalan keperluan harian penduduk yang diletakkan di bawah perintah kuarantin mencukupi.
Ia melibatkan peningkatan kapasiti penghantaran makanan antaranya di Shanghai, bandar terbesar negara itu, yang melaporkan 326 kes tempatan baharu dan 5,656 kes kumulatif pada Selasa.
Wilayah Jilin di timur laut China pula pada Selasa melaporkan 1,150 kes jangkitan tempatan dan 1,032 kes jangkitan domestik tanpa gejala, dengan kebanyakannya ditemui di ibu kota Changchun dan Jilin City.
Keperluan harian yang mencukupi disimpan di wilayah itu bagi memastikan kelancaran bekalan.
Sementara itu, beberapa siri langkah kawalan wabak lain telah dilaksanakan di seluruh negara.
Di hab ekonomi selatan bandar Shenzhen, pusat pemeriksaan imigresen memperkenalkan perkhidmatan tanpa kontak untuk mengumpul maklumat pengembara rentas sempadan.
Di wilayah Anhui, timur China, lebih 2,100 tapak pengumpulan sampel sementara telah disediakan di lapangan terbang, stesen kereta api, stesen bas dan stesen tol.
Di bandar Quanzhou di wilayah Fujian di timur China, pembinaan hospital sementara dan pusat pengasingan sedang giat dijalankan.
China pada Isnin mengenakan tindakan lockdown paling besar sejak tercetusnya pandemik, menyaksikan Shanghai menyekat pergerakan kira-kira 25 juta penduduknya supaya hanya duduk di rumah.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#China
#bantuan
#keperluan harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan