Skip to main content

Dunia

China hargai peranan Pakistan dalam rundingan damai AS-Iran, kata PM Shehbaz Sharif

Had a most warm and cordial meeting with H.E. President Xi Jinping in Beijing today as Pakistan and China celebrate 75 glorious years of diplomatic relations. I was joined by DPM & FM Mohammad Ishaq Dar and Field Marshal Syed Asim Munir.
Dalam perbincangan tersebut, Sharif (kiri) merakamkan penghargaan kepada Xi (kanan) atas sokongan China terhadap inisiatif keamanan Pakistan. -Foto X

BEIJING: Kerajaan China menzahirkan penghargaan terhadap usaha Pakistan dalam memfasilitasi rundingan damai dan pelan gencatan senjata antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif berkata demikian menerusi hantaran di platform X selepas pertemuan rasmi dengan Presiden China Xi Jinping, di sini, semalam.

 

 

Pertemuan itu diadakan sempena ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik kedua-dua negara, dengan penyertaan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Mohammad Ishaq Dar serta Panglima Tentera Pakistan, Field Marshal Syed Asim Munir.

Dalam perbincangan tersebut, Sharif merakamkan penghargaan kepada Xi atas sokongan China terhadap inisiatif keamanan Pakistan.

Beliau turut memuji cadangan empat perkara yang dikemukakan Xi bagi menggalakkan keamanan dan kestabilan serantau.

Sharif menegaskan bahawa Perkongsian Strategik Sepanjang Cuaca Pakistan-China kekal menjadi asas utama dasar luar negaranya.

Selain isu Asia Barat, kedua-dua pihak turut membincangkan usaha memperkukuh kerjasama strategik serta memajukan Koridor Ekonomi Pakistan-China (CPEC).

Perbincangan juga meliputi sektor industri, pertanian, sains dan teknologi, tenaga bersih, transformasi digital serta aeroangkasa.

Usaha pengantaraan Pakistan dilihat penting selepas negara itu menganjurkan rundingan pusingan pertama antara pegawai kanan AS dan Iran di Islamabad pada April lalu.

 

Must Watch Video

Advertisement