awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China, India 'dikecualikan' daripada kelembapan global tahun ini - Bank Dunia

Bernama
Bernama
11/04/2023
10:21 MYT
China, India 'dikecualikan' daripada kelembapan global tahun ini - Bank Dunia
MALPASS: Saya menyaksikan kestabilan mata wang China dan dasar kitaran balas monetarinya. India pula terus menjadi satu daripada ekonomi utama yang berkembang pesat di dunia. -Reuters
WASHINGTON: China dan India "dikecualikan daripada kelembapan" yang dijangka dialami ekonomi global tahun ini, kata Presiden Kumpulan Bank Dunia David Malpass.
Malpass membuat kenyataan itu menjelang minggu Pertemuan Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia, menurut kenyataan media yang disiarkan di laman sesawang worldbank.org pada Isnin.
"Pertumbuhan global dijangka lemah tahun ini, perlahan kepada dua peratus berbanding 3.1 peratus pada 2022.
"Bagi Amerika Syarikat, kami menjangkakan kelembapan sekitar 1.2 peratus berbanding 2.1 peratus pada 2022.
"Beberapa faktor mempengaruhi tinjauan separuh kedua: Harga minyak telah melonjak semula melebihi US$80 dolar setong.
Tekanan sektor perbankan baru-baru ini melembapkan aktiviti ekonomi.
Inflasi teras AS bulan ke bulan telah meningkat sepanjang lima bulan lepas," katanya.
Sementara itu, pertumbuhan KDNK China melonjak semula kepada lebih lima peratus pada 2023, dengan pelaburan swasta yang kukuh, kata Malpass.
"Saya menyaksikan kestabilan mata wang China dan dasar kitaran balas monetarinya.
"India pula terus menjadi satu daripada ekonomi utama yang berkembang pesat di dunia.
"Kami sedang menyaksikan pertumbuhan 6.3 peratus dalam FY23/24 mereka.
"Saya turut menganjurkan pelbagai dasar baharu yang akan merangsang pengeluaran untuk memerangi inflasi dan kelemahan mata wang, tetapi kemungkinan ia mengambil masa yang panjang," kata ketua Bank Dunia itu.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Bank Dunia
#China
#India
#kelembapan ekonomi global
#David Malpass
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan