BARU awal bulan November dan masih musim luruh, salji pertama telah turun di Beijing. Mengikut ramalan cuaca, dengan pengaruh fenomena La Nina, suhu minimum pada musim sejuk tahun ini mungkin akan mencipta rekod baharu.
Meskipun begitu, kita perlu faham bahawa ia bukan bermakna pemanasan global akan berakhir.
La Nina atau El Nino, kedua-duanya merupakan fenomena yang terjadi ekoran perubahan iklim, yang turut mengakibatkan semakin banyak cuaca ekstrem di dunia, termasuk banjir teruk yang melanda Jerman dan China pada tahun ini.
Padahal, yang menghadapi ancaman paling mendesak adalah negara-negara kepulauan di Pasifik.
Sempena Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP26) pada awal November, satu klip video telah ditayangkan. Dalam video itu, Menteri Luar Tuvalu, Simon Kofe menyampaikan ucapan dengan berdiri di dalam air laut, menyeru dunia bertindak segera untuk mengawal pemanasan global. Kalau tidak, negara itu akan ditenggelami seiring dengan peningkatan paras laut.
Lima tahun dibazirkan sejak Donald Trump menarik balik Amerika Syarikat (AS) daripada rundingan perubahan iklim. Bagaimanapun, butiran untuk menjayakan Perjanjian Paris dan mengawal kenaikan suhu global dalam 1.5 darjah Celsius akhirnya tercapai melalui rundingan selama 13 hari di Glasgow kali ini.
Tumpuan persidangan COP26 ini adalah apabila China dan AS mengeluarkan deklarasi bersama yang memaparkan komitmen masing-masing dalam kerjasama untuk memantapkan pelaksanaan Perjanjian Paris.
Ketika bertemu dengan Presiden Joe Biden secara maya pagi tadi, Presiden China Xi Jinping telah menegaskan mustahaknya untuk memelihara hubungan China-AS yang stabil dan mapan, kerana ia amat signifikan dalam menggalakkan pembangunan negara masing-masing, serta memelihara iklim antarabangsa yang aman dan stabil, termasuk menangani cabaran global seperti perubahan iklim dan pandemik COVID-19.
Prinsip setiap negara mempunyai objektif yang berbeza, namun tanggungjawab yang dipikul tetap sama dengan mempertimbangkan keadaan di negara masing-masing turut diperakui oleh pemimpin kedua-dua negara.
China sebagai negara membangun terbesar telah menetapkan sasaran yang mega iaitu mencapai puncak pelepasan karbon menjelang 2030 dan neutral karbon menjelang 2060.
Bagaimanapun, bagi kebanyakan negara membangun, membangunkan ekonomi dan menjamin kehidupan rakyatnya masih merupakan misi utama negara-negara berkaitan.
Oleh itu, India mengemukakan cadangan penggubalan resolusi pada fasa akhir pembahasan resolusi COP26 yang mengubahkan “beransur-ansur menghapuskan penggunaan karbon” menjadi “beransur-ansur mengurangkan penggunaan karbon”.
Pandangan tersebut mendapat sokongan China dan AS.
Bagaimanapun, Presiden COP26 dari Britain, Alok Sharma menyatakan bahawa India dan China perlu memberikan penjelasan atas perubahan tersebut.
Jelaslah, Alok Sharma berniat mengambinghitamkan India dan China dengan mendakwa kedua-dua negara ini “perlu memikul tanggungjawab atas pemanasan global”.
Pemanasan global bukanlah baru berlaku, ia menjadi mendesak sejak zaman pengindustrian Barat. Untuk menangani perubahan iklim global bukan sahaja bermaksud mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, malah melibatkan usaha menangani risiko yang sedia ada ekoran perubahan iklim, seperti cuaca ekstrem.
Ini umpama seseorang sudah makan sepuluh kuih hingga kenyang, tapi berfikir hanya kuih terakhir itu yang mengenyangkan dirinya.
Dari puncak pelepasan karbon hingga neutral karbon, Kesatuan Eropah menggunakan 71 tahun, AS menggunakan 43 tahun, tapi China berjanji mewujud proses itu dalam tempoh 30 tahun sahaja.
Selain itu, India pula berjanji mewujudkan neutral karbon menjelang tahun 2070. Janji yang gagah berani ini patut dipuji.
Sepatutnya, bukan cadangan India yang dijadikan isu. Yang perlu diberi tumpuan adalah mengenai dana sebanyak AS$100 bilion setiap tahun yang dijanjikan oleh negara-negara maju untuk membantu negara-negara membangun mengurangkan pelepasan karbon itu masih belum dipenuhi, dan keperluan dana tersebut akan mencatat AS$300 bilion setahun menjelang 2030.
Bantuan dana dan teknologi, inilah hutang yang perlu dibayar oleh negara maju, dan juga kunci untuk menjayakan sasaran Perjanjian Paris.
Satria Zhang
Tue Nov 16 2021
Ketika bertemu dengan Presiden Joe Biden secara maya pagi tadi, Presiden China Xi Jinping telah menegaskan mustahaknya untuk memelihara hubungan China-AS yang stabil dan mapan. - Foto: CMG
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.
Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN komited selesai isu Laut China Selatan
Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.