awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pengusaha makanan, katering ditipu sindiket guna nama IPK Johor
Lapan maut, beberapa orang hilang dalam kebakaran gudang di Bengal Barat, India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China, Korea Selatan harap hubungan stabil dengan Jepun selepas Ishiba letak jawatan

Bernama
Bernama
08/09/2025
13:01 MYT
China, Korea Selatan harap hubungan stabil dengan Jepun selepas Ishiba letak jawatan
Kedua-dua kerajaan berkata mereka memantau rapat perkembangan selepas Ishiba mengumumkan peletakan jawatan. - Reuters
SEOUL/BEIJING: China pada Isnin menyeru hubungan stabil dengan Jepun, manakala Korea Selatan menyatakan harapan agar hubungan positif terus berkekalan sehari selepas Perdana Menteri Shigeru Ishiba mengumumkan peletakan jawatannya.
Dalam kenyataan kepada Kyodo News, Kementerian Luar China menyuarakan harapan agar "Jepun akan berusaha bersama China untuk sepenuhnya mempromosi hubungan strategik yang saling menguntungkan ... serta hubungan dua hala yang konstruktif dan stabil" selaras dengan tuntutan era baharu.
Pejabat Presiden Korea Selatan pula berkata dalam kenyataan berasingan: "Memandangkan Korea Selatan dan Jepun berkongsi konsensus luas dalam mengejar hubungan yang berorientasikan masa depan dan stabil, (kerajaan) menjangkakan kedua-dua negara akan terus memupuk hubungan positif walaupun selepas peletakan jawatan Perdana Menteri Ishiba."
Kedua-dua kerajaan berkata mereka memantau rapat perkembangan selepas Ishiba mengumumkan peletakan jawatan susulan desakan supaya beliau bertanggungjawab atas kehilangan majoriti Dewan Kaunselor oleh gabungan pemerintah pada Julai lalu.
Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung melawat Jepun pada akhir Ogos untuk bertemu Ishiba sebagai sebahagian daripada kunjungan timbal balik tetap antara pemimpin kedua-dua negara, yang dikenali sebagai diplomasi ulang-alik.
Kedua-dua pemimpin itu berikrar mengekalkan momentum kerjasama dua hala dalam pertemuan kedua mereka sejak Lee memegang jawatan pada Jun.
Ishiba dalam sidang akhbar tergempar pada Ahad berkata beliau bertanggungjawab terhadap kehilangan majoriti Dewan Kaunselor oleh gabungan pimpinan Parti Demokratik Liberal.
Beliau menambah, peletakan jawatannya bertujuan mengelak "perpecahan besar" dalam parti sama ada untuk mengadakan pemilihan kepimpinan awal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#Korea Selatan
#letak jawatan
#PM Jepun
#Shigeru Ishiba
#kerjasama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan