DUNIA
China kutuk serangan Israel di Gaza, seru perlindungan terhadap orang awam
Lin Jian (foto) berkata Beijing menentang keras peningkatan operasi ketenteraan Israel di Gaza dan mengutuk sebarang tindakan yang mencederakan orang awam serta melanggar undang-undang antarabangsa. -Gambar fail/Reuters
BEIJING: Kerajaan China hari ini menyatakan bantahan tegas terhadap serangan darat besar-besaran Israel ke atas Bandar Gaza, dan menyeru agar keselamatan orang awam dipelihara serta undang-undang antarabangsa dihormati.
Ringkasan AI
Jurucakap Kementerian Luar Negeri China, Lin Jian berkata Beijing menentang keras peningkatan operasi ketenteraan Israel di Gaza dan mengutuk sebarang tindakan yang mencederakan orang awam serta melanggar undang-undang antarabangsa.
“Kami menyeru semua pihak agar menghentikan keganasan dan mengutamakan keamanan serta kestabilan serantau,” katanya dalam sidang media di Beijing.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan tindakan Israel melancarkan serangan darat ke atas Bandar Gaza yang disifatkan sebagai fasa utama operasi ketenteraan untuk menumpaskan Hamas.
Serangan tersebut telah menyebabkan kematian puluhan rakyat Palestin dan kemusnahan besar di kawasan penempatan awam.
China turut menyertai puluhan negara lain yang membantah tindakan Israel, termasuk Qatar, Turkiye, dan beberapa negara Kesatuan Eropah.
Beijing menegaskan bahawa penyelesaian konflik hanya boleh dicapai melalui dialog politik dan pelaksanaan penyelesaian dua negara yang adil dan berkekalan.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- China menyatakan bantahan tegas terhadap serangan darat Israel ke atas Bandar Gaza dan mengutuk tindakan yang mencederakan orang awam serta melanggar undang-undang antarabangsa.
- Beijing menyeru semua pihak menghentikan keganasan dan mengutamakan penyelesaian melalui dialog politik serta pelaksanaan penyelesaian dua negara.
- China menyertai negara seperti Qatar, Turkiye dan beberapa negara EU dalam membantah tindakan Israel yang menyebabkan kematian dan kemusnahan besar di Gaza.