China lancarkan rondaan, latihan ketenteraan di sekitar Taiwan

Bernama
April 9, 2023 02:30 MYT
Seorang juruterbang sedang mengendalikan pesawat Tentera Udara Komando Teater Timur PLA China semasa rondaan kesiapsiagaan tempur dan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan. Foto dikeluarkan pada 8 April 2023. - REUTERS
NANJING: Komando Teater Timur Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) pada Sabtu melancarkan rondaan kesiapsiagaan tempur dan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan, bermula 8 hingga 10 April.
Rondaan dan latihan berlangsung di kawasan maritim dan ruang udara Selat Taiwan, lapor Xinhua memetik jurucakap PLA, Shi Yi sebagai berkata.
Operasi ini sebagai amaran keras terhadap pakatan sulit antara pasukan pemisah dan kuasa asing serta menentang aktiviti provokasi mereka, menurut jurucakap terbabit.
Operasi itu perlu untuk menjaga kedaulatan negara dan integriti wilayah China.
-- BERNAMA
#China #Taiwan #rondaan #latihan ketenteraan