DUNIA
China lanjutkan penggantungan tarif tambahan ke atas produk import AS
Langkah itu bertujuan melaksanakan hasil dan konsensus yang dicapai dalam rundingan ekonomi dan perdagangan China-Amerika Syarikat.
BEIJING: China akan melanjutkan penggantungan tarif tambahan sebanyak 24 peratus ke atas produk import dari Amerika Syarikat selama setahun lagi, sambil mengekalkan kadar sedia ada sebanyak 10 peratus, menurut kenyataan Suruhanjaya Tarif Kastam pada Rabu, lapor Xinhua.
Suruhanjaya itu memaklumkan bahawa pelarasan berkenaan akan dikuat kuasa mulai 1.01 tengah hari pada 10 Nov 2025.
Langkah itu bertujuan melaksanakan hasil dan konsensus yang dicapai dalam rundingan ekonomi dan perdagangan China-Amerika Syarikat, menurut suruhanjaya itu.
Penggantungan berterusan terhadap tarif tambahan tertentu antara China dan Amerika Syarikat akan membantu menggalakkan pembangunan ekonomi dan perdagangan dua hala yang kukuh, stabil serta mampan, memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara dan menyumbang kepada kemakmuran global, katanya.
Suruhanjaya itu turut mengumumkan bahawa mulai 1.01 tengah hari pada 10 Nov 2025, China akan menamatkan langkah tarif tambahan seperti yang ditetapkan dalam kenyataan terdahulu berkaitan produk import tertentu dari Amerika Syarikat.
Menurut kenyataan terdahulu yang dikeluarkan pada Mac, China memutuskan untuk mengenakan tarif tambahan sebanyak 15 peratus ke atas import ayam, gandum, jagung dan kapas AS.
Manakala sorgum, kacang soya, daging babi, daging lembu, hasil perikanan, buah-buahan, sayur-sayuran dan produk tenusu dikenakan tarif tambahan sebanyak 10 peratus.
Penamatan sebahagian tarif tambahan antara China dan Amerika Syarikat memenuhi kepentingan asas kedua-dua negara serta rakyatnya, sejajar dengan jangkaan masyarakat antarabangsa dan akan membantu memajukan hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala ke tahap yang lebih tinggi, menurut suruhanjaya itu.
-- BERNAMA