awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China larang pegawai kerajaan merokok di tempat awam

Bernama
Bernama
30/12/2013
10:44 MYT
China larang pegawai kerajaan merokok di tempat awam
Pegawai kerajaan China dilarang daripada merokok di tempat awam dalam usaha kerajaan republik itu mengurangkan pengeluaran dan penggunaan bahan tembakau.
Menurut pekeliling kerajaan, semua warga sektor awamnya tidak dibenarkan merokok di sekolah, hospital, venue sukan, pengangkutan awam atau kawasan lain yang diharamkan merokok, lapor agensi berita Xinhua Isnin.
Peraturan baharu itu juga melarang penggunaan dana awam untuk membeli rokok dan menawarkan rokok ketika menjalankan tugas-tugas rasmi.
China mempunyai lebih 300 juta perokok dan merupakan pengeluar serta pengguna rokok terbesar dunia.
Pada 2003, republik itu menandatangani Konvensyen Rangka Kerja bagi Pengawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (FCTC) yang memerlukan China mengurangkan pembekalan dan penggunaan tembakau, berkuat kuasa 2006.
Topic Berkaitan
#kerajaan china
#larangan merokok penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan