DUNIA
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
China menetapkan bahawa bahagian luar setiap pintu penumpang kecuali but perlu mempunyai ruang lekuk sekurang‑kurangnya 6cm x 2cm x 2.5cm sebagai akses kepada pemegang pintu. - Gambar hiasan
CHINA menjadi negara pertama di dunia yang melarang penggunaan pemegang pintu tersembunyi pada kenderaan elektrik (EV), susulan kebimbangan terhadap aspek keselamatan selepas beberapa insiden kemalangan maut melibatkan kenderaan yang tidak dapat dibuka ketika kecemasan.
Langkah itu dibuat ketika industri EV global kini berdepan penelitian ketat pihak berkuasa keselamatan antarabangsa, termasuk dua nahas di China membabitkan model EV Xiaomi, di mana kegagalan kuasa dipercayai menyebabkan pintu tidak dapat dibuka.
Peraturan baharu berkuat kuasa 1 Januari 2027
Menurut laporan media rasmi China, setiap kenderaan yang dijual di pasaran negara itu akan diwajibkan mempunyai mekanisme pembuka pintu secara mekanikal di bahagian dalam dan luar.
Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China menetapkan bahawa bahagian luar setiap pintu penumpang kecuali but perlu mempunyai ruang lekuk sekurang‑kurangnya 6cm x 2cm x 2.5cm sebagai akses kepada pemegang pintu.
Di bahagian dalam pula, petunjuk atau tanda cara membuka pintu perlu berukuran sekurang-kurangnya 1cm x 0.7cm.
Model yang telah lulus kelulusan pengawal selia dan berada pada peringkat akhir sebelum pelancaran diberi tempoh tambahan dua tahun untuk membuat pelarasan.
Ciri pemegang pintu tersembunyi sangat meluas dalam pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) di China, merangkumi EV, kenderaan hibrid dan kenderaan berkuasa sel bahan api.
Data yang dipetik China Daily menunjukkan sekitar 60 peratus daripada 100 model NEV paling laris menggunakan rekaan pemegang jenis ini.
Walaupun peraturan baharu ini hanya terpakai untuk kenderaan yang dijual di China, pengaruh besar negara itu dalam industri automotif global dijangka memberi kesan kepada pasaran antarabangsa.
Tesla turut disiasat di AS dan Eropah
Di Amerika Syarikat, pemegang pintu Tesla sedang disiasat oleh Penguatkuasa Keselamatan Lalu Lintas Kebangsaan (NHTSA) selepas menerima aduan bahawa pemegang pintu elektriknya gagal berfungsi secara tiba‑tiba sehingga menyebabkan kanak‑kanak terperangkap di dalam kenderaan.
Siasatan dibuka pada November lalu selepas sembilan aduan diterima melibatkan Tesla Model Y keluaran 2021.
Dalam empat kes, pemilik terpaksa memecahkan tingkap untuk keluar dari kenderaan.
Pihak berkuasa keselamatan di Eropah turut mempertimbangkan peraturan mereka sendiri terhadap rekaan pemegang pintu sedemikian. - Agensi