[TERKINI] Penamaan Calon PRN Sabah Bermula – Siapa Bakal Bertanding? Ikuti Perkembangan Terkini di Sini!
DUNIA

China nasihat rakyat tangguh lawatan ke Jepun susulan ketegangan isu Taiwan

Astro Awani 15/11/2025 | 08:54 MYT
Kerajaan China nasihat rakyatnya untuk tunda perjalanan ke Jepun berikutan ketegangan diplomatik susulan kenyataan Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, mengenai Taiwan. -Gambar fail
BEIJING: Kerajaan China menasihati rakyatnya supaya menangguhkan perjalanan ke Jepun berikutan ketegangan diplomatik yang semakin memuncak.


Ringkasan AI
  • Kerajaan China menasihatkan rakyatnya untuk menunda perjalanan ke Jepun berikutan ketegangan diplomatik yang meningkat akibat kenyataan Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, mengenai Taiwan.
  • Kedutaan China di Jepun menganggap kenyataan Takaichi telah merosakkan hubungan kedua negara dan memberi amaran keselamatan serius kepada warga China di Jepun.
  • Beijing memanggil Duta Jepun ke China sebagai bantahan atas kenyataan tersebut, sementara Tokyo memanggil Duta China berhubung hantaran media sosial yang dianggap provokatif, semasa isu Taiwan terus menguji hubungan China-Jepun.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Ia susulan kenyataan Perdana Menteri baharu Jepun, Sanae Takaichi, berhubung kemungkinan tindakan ketenteraan terhadap Taiwan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat Jumaat, Kedutaan China di Jepun berkata kenyataan pemimpin Jepun itu telah menjejaskan hubungan rakyat kedua-dua negara dan memberi amaran tentang risiko keselamatan serius kepada warga China yang berada di Jepun.

Kenyataan itu merujuk kepada ucapan Takaichi di Parlimen Jepun pada 7 November, di mana beliau menyatakan bahawa sebarang serangan bersenjata terhadap Taiwan — wilayah yang dituntut oleh China — boleh mencetuskan tindak balas ketenteraan Jepun atas dasar pertahanan kolektif.

Susulan kenyataan tersebut, Beijing memanggil Duta Jepun ke China untuk menyatakan bantahan rasmi, manakala Tokyo turut memanggil Duta China berhubung hantaran media sosial yang dianggap tidak sesuai dan telah dipadamkan.

Jurucakap Kabinet Jepun, Minoru Kihara, berkata Tokyo telah menyampaikan mesej kepada Beijing dan menggesa agar langkah yang sesuai diambil bagi meredakan ketegangan.

Ketegangan ini berlaku ketika hubungan China-Jepun terus diuji oleh isu geopolitik serantau, termasuk kedudukan Taiwan yang hanya terletak kira-kira 100 kilometer dari pulau terdekat Jepun.





Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan China berikutan kenyataan Perdana Menteri Jepun mengenai Taiwan?
    A: Kerajaan China menasihatkan rakyatnya supaya menangguhkan perjalanan ke Jepun disebabkan ketegangan diplomatik yang memuncak berikutan kenyataan Perdana Menteri Jepun berhubung kemungkinan tindakan ketenteraan terhadap Taiwan.
  • Q: Mengapakah Kedutaan China di Jepun memberi amaran tentang risiko keselamatan kepada warga China di Jepun?
    A: Kedutaan China di Jepun memberi amaran tentang risiko keselamatan kepada warga China di Jepun kerana kenyataan Perdana Menteri Jepun yang menyebut bahawa sebarang serangan bersenjata terhadap Taiwan boleh mencetuskan tindak balas ketenteraan Jepun.
  • Q: Apakah langkah yang diambil oleh Beijing dan Tokyo setelah kenyataan kontroversi itu?
    A: Beijing memanggil Duta Jepun ke China untuk menyatakan bantahan rasmi, manakala Tokyo turut memanggil Duta China berhubung hantaran media sosial yang dianggap tidak sesuai dan telah dipadamkan.
  • Q: Mengapakah Tokyo menggesa agar langkah yang sesuai diambil bagi meredakan ketegangan dengan China?
    A: Tokyo menggesa agar langkah yang sesuai diambil bagi meredakan ketegangan dengan China kerana hubungan China-Jepun terus diuji oleh isu geopolitik serantau, termasuk kedudukan Taiwan yang dituntut oleh China.
  • Q: Apakah yang menyebabkan ketegangan di antara China dan Jepun berikutan kenyataan Perdana Menteri Jepun?
    A: Ketegangan di antara China dan Jepun berikutan kenyataan Perdana Menteri Jepun berkenaan kemungkinan tindakan ketenteraan terhadap Taiwan, wilayah yang dituntut oleh China.



#China #Jepun #Sanae Takaichi #Taiwan