awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China penyumbang utama operasi pengaman PBB

Bernama
Bernama
31/05/2023
13:09 MYT
China penyumbang utama operasi pengaman PBB
Mao Ning berkata China telah menghantar lebih 50,000 individu untuk menyertai operasi pengaman PBB di lebih 20 negara dan wilayah dalam tempoh 33 tahun lalu. - Gambar Bernama.com
BEIJING: China akan meneruskan kolaborasi rapat dengan masyarakat antarabangsa untuk meningkatkan kecekapan pelaksanaan misi pengaman di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Jurucakap Kementerian Luar Mao Ning berkata China telah menghantar lebih 50,000 individu untuk menyertai operasi pengaman PBB di lebih 20 negara dan wilayah dalam tempoh 33 tahun lalu.
Menurut beliau, China merupakan pendana kedua terbesar dan penyumbang tentera terbesar dalam kalangan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB (UNSC) bagi usaha pengaman PBB, dengan terdapat lebih 2,200 tentera China bertugas di lapan kawasan misi ketika ini.
"China akan terus bersinergi dengan masyarakat antarabangsa untuk meningkatkan lagi kecekapan operasi pengaman PBB, sekali gus menyumbang kepada keamanan dan keselamatan dunia," kata Mao semasa sesi taklimat di sini, pada Selasa.
Pada 1990, China buat kali pertama menghantar pemerhati ketenteraan ke PBB dan dua tahun selepasnya mengerah tentera pengaman untuk menyertai misi berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#PBB
#UNSC
#masyarakat antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan