awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
MALAYSIA
Mayat lelaki ditemukan terapung dalam sungai di Pasir Puteh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

China perbaharui amaran tahap kuning untuk hujan ribut

Bernama
Bernama
18/06/2025
13:03 MYT
China perbaharui amaran tahap kuning untuk hujan ribut
Dari 8 malam Rabu hingga 8 malam Khamis, hujan lebat dan hujan ribut dijangka melanda beberapa kawasan antaranya Guizhou, Sichuan dan Chongqing. - Gambar hiasan
BEIJING: Pusat Meteorologi Negara China pada Rabu memperbaharui amaran tahap kuning untuk hujan ribut ketika hujan lebat dijangka melanda beberapa bahagian negara itu, lapor Xinhua.
Dari 8 malam Rabu hingga 8 malam Khamis, hujan lebat dan hujan ribut dijangka melanda beberapa kawasan di Guizhou, Sichuan, Chongqing, Guangxi, Hubei, Hunan, Henan, Hebei, Shandong, Tianjin dan Liaoning.
Secara khusus, kawasan tertentu di Henan, Hubei, Hunan dan Guizhou dijangka mengalami hujan sangat lebat dengan jumlah taburan antara 100 hingga 180 milimeter, menurut pusat meteorologi itu.
Pusat itu menasihatkan langkah berjaga-jaga termasuk memutuskan bekalan kuasa luar di kawasan rendah yang berisiko, menghentikan sementara kerja luar di kawasan terbuka, serta memindahkan individu dari zon berbahaya dan bangunan yang tidak selamat ke tempat perlindungan.
Pusat itu turut mencadangkan agar langkah saliran yang sewajarnya dilaksanakan di kawasan bandar dan kawasan pertanian.
China mengguna pakai sistem amaran cuaca empat peringkat berasaskan warna, dengan merah sebagai tahap paling berbahaya diikuti jingga, kuning dan biru.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#amaran tahap kuning
#hujan ribut
#hujan lebat
#meteorologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami