BEIJING: China akan memperkenalkan tarif sifar ke atas barangan dari 53 negara Afrika bermula 1 Mei ini, kata Presiden China Xi Jinping pada Sabtu dalam perutusan tahniah sempena Sidang Kemuncak Kesatuan Afrika ke-39, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Bermula 1 Mei 2026, China akan melaksanakan sepenuhnya layanan tarif sifar terhadap 53 negara Afrika yang mempunyai hubungan diplomatik dengannya,” kata Xi seperti dipetik oleh penyiar kerajaan, China Central Television.
Advertisement
Langkah itu akan mewujudkan peluang baharu bagi pembangunan Afrika, kata presiden itu sambil menambah bahawa Beijing bersedia memperdalam kerjasama yang saling menguntungkan dengan negara-negara Afrika.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI