DUNIA
China pertahan kawalan eksport nadir bumi, desak AS urus perbezaan melalui dialog
China mengkritik tindakan Amerika Syarikat mengenakan tarif tinggi dan sekatan unilateral terhadap produk China. - Gambar/ Reuters
BEIJING: Kementerian Perdagangan China pada Ahad mempertahankan langkah kawalan eksport negara itu terhadap nadir bumi dan barangan berkaitan sebagai tindakan sah di sisi undang-undang, sambil menggesa Amerika Syarikat (AS) menguruskan perbezaan antara kedua-dua negara melalui dialog berasaskan saling menghormati dan rundingan yang setara.
Ringkasan AI
Menurut jurucakap kementerian itu, sebagai sebuah negara besar yang bertanggungjawab, China melaksanakan kawalan eksport terhadap barangan tertentu mengikut undang-undang bagi mempertahankan keamanan dunia dan kestabilan serantau serta memenuhi kewajipan antarabangsa termasuk hal-hal berkaitan kawalan percambahan senjata.
"Kawalan eksport China bukanlah larangan eksport," katanya, sambil menambah bahawa lesen eksport akan diberikan bagi permohonan yang memenuhi syarat, lapor Xinhua.
Sebelum langkah itu diumumkan, China telah memaklumkan negara dan wilayah berkaitan melalui mekanisme dialog kawalan eksport dua hala, menurut jurucakap itu.
China turut menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan negara lain dalam memperkukuh dialog dan pertukaran maklumat berkaitan kawalan eksport, bagi memastikan keselamatan serta kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global.
Berhubung pengumuman AS untuk mengenakan tarif 100 peratus terhadap China serta kawalan eksport ke atas semua perisian kritikal, jurucakap itu berkata Washington sejak sekian lama memperluas tafsiran konsep keselamatan negara, menyalahgunakan kawalan eksport, mengambil tindakan diskriminasi terhadap China dan mengenakan sekatan unilateral terhadap pelbagai produk termasuk peralatan serta cip semikonduktor.
Sejak rundingan ekonomi dan perdagangan China-AS di Madrid pada September lalu, AS telah memperkenalkan beberapa siri sekatan baharu dalam tempoh hanya 20 hari, menjejaskan kepentingan China dan merosakkan suasana rundingan ekonomi dua hala, kata jurucakap itu.
"Ancaman mengenakan tarif tinggi bukanlah cara yang betul untuk berurusan dengan China," tegas jurucakap berkenaan sambil menambah bahawa pendirian China terhadap perang perdagangan kekal konsisten: "Kami tidak menginginkannya, tetapi kami juga tidak gentar menghadapinya."
China turut mendesak AS agar segera membetulkan tindakannya, mematuhi konsensus penting yang dicapai antara kedua-dua ketua negara dalam perbualan telefon, melindungi hasil rundingan yang dicapai, serta terus menggunakan mekanisme perundingan ekonomi dan perdagangan sedia ada untuk menyelesaikan kebimbangan bersama dan menguruskan perbezaan melalui dialog berasaskan saling menghormati dan kesamarataan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kementerian Perdagangan China mempertahankan langkah kawalan eksport terhadap nadir bumi dan barangan berkaitan sebagai tindakan sah mengikut undang-undang, bertujuan menjaga keamanan dunia dan kestabilan serantau serta memenuhi kewajipan antarabangsa.
- China menegaskan kawalan eksport bukan larangan, dan lesen akan diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat, sambil menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan negara lain dalam memperkukuh dialog dan keselamatan rantaian bekalan global.
- China mengkritik tindakan Amerika Syarikat mengenakan tarif tinggi dan sekatan unilateral terhadap produk China, serta menyeru agar perbezaan diselesaikan melalui dialog berasaskan saling menghormati dan kesamarataan, selaras dengan konsensus antara pemimpin kedua-dua negara.