DUNIA
China sedia bekerjasama dengan AS urus perbezaan, tingkatkan kolaborasi
Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping ketika mengadakan pertemuan di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae, Busan, Korea Selatan, 30 Okt 2025. - Gambar fail AP
BEIJING: China bersedia untuk bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) bagi menguruskan perbezaan dengan sewajarnya, memajukan kolaborasi, serta mengekalkan pembangunan hubungan ekonomi dan perdagangan yang stabil, sihat dan mampan, menurut Kementerian Perdagangan China pada Isnin, lapor Xinhua.
Berdasarkan prinsip kesaksamaan, saling menghormati dan manfaat bersama, China dan Amerika Syarikat telah mengadakan lima pusingan rundingan ekonomi dan perdagangan pada 2025, membuahkan satu siri hasil yang positif, kata Naib Menteri Perdagangan Yan Dong dalam satu sidang media yang diadakan oleh Pejabat Penerangan Majlis Negara.
Menurut Yan, ini membuktikan sepenuhnya bahawa China dan Amerika Syarikat mampu mencari jalan untuk menyelesaikan isu melalui dialog dan rundingan yang saksama.
Susulan pertemuan antara kedua-dua ketua negara di Busan, kedua-dua negara telah mengekalkan komunikasi di pelbagai peringkat melalui mekanisme rundingan ekonomi dan perdagangan China-AS.
Mereka juga telah bekerjasama untuk melaksanakan persefahaman bersama yang penting yang dicapai antara kedua-dua presiden, serta hasil rundingan ekonomi dan perdagangan China-AS di Kuala Lumpur, menurut naib menteri itu.
Melangkah ke hadapan, Yan berkata berdasarkan prinsip saling menghormati, kewujudan bersama secara aman dan kerjasama menang-menang, China bersedia untuk bekerjasama dengan Amerika Syarikat bagi menegakkan dan melaksanakan persefahaman bersama yang penting oleh kedua-dua ketua negara itu serta memanfaatkan mekanisme rundingan ekonomi dan perdagangan China-AS dengan sebaiknya.
--BERNAMA-XINHUA