China sedia berhubung dengan Rusia bantu akhiri krisis Gaza - Laporan

Agensi
Oktober 20, 2023 03:00 MYT
Kerajaan China bersedia berkoordinasi dengan Rusia untuk membantu meredakan krisis yang kian berlanjutan antara Israel-Palestin. - Gambar AP
KERAJAAN China bersedia berkoordinasi dengan Rusia untuk membantu meredakan krisis yang kian berlanjutan antara Israel-Palestin, kata Utusan China di Timur Tengah, Zhai Jun, kepada rakan sejawatan dari Rusia, lapor Al Jazeera yang memetik media China.
Beijing dan Moscow dilaporkan berkongsi pendirian yang sama dalam isu Palestin, kata Zhai selepas pertemuan dengan wakil khas Rusia untuk negara Timur Tengah dan Afrika.
"Sebab asas bagi situasi semasa dalam konflik Palestin-Israel adalah hak kebangsaan yang sah bagi rakyat Palestin tidak terjamin," kata Zhai.
China tidak mempunyai kepentingan "peribadi" dalam isu Palestin, tambah wakil tersebut, dengan menekankan bahawa Beijing bersedih dengan krisis kemanusiaan di Gaza dan bersedia untuk memainkan peranan "positif" dalam rundingan damai dan "pelaksanaan sebenar" penyelesaian dua negara. - Agensi
#Perang Palestin-Israel #China #Rusia #akhiri krisis Palestin-Israel