DUNIA
China sedia kerjasama dengan EU untuk kekalkan hubungan dua hala di landasan yang betul - PM Li Qiang
China dan EU perlu kekal di landasan yang betul dalam memperkukuh hubungan, memantapkan asas kepercayaan politik bersama dan melaksanakan konsensus yang dicapai, kata Li Qiang. - Gambar Reuters
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China, Li Qiang berkata pada Isnin bahawa hubungan semasa antara China dan Kesatuan Eropah (EU) berdepan peluang pembangunan serta cabaran, lapor Agensi Berita Xinhua..
Justeru, beliau berkata, kedua-dua pihak perlu kekal di landasan yang betul dalam memperkukuh hubungan, memantapkan asas kepercayaan politik bersama dan melaksanakan konsensus yang dicapai.
Li berkata demikian semasa pertemuan dengan Presiden Majlis Eropah, Antonio Costa di luar Mesyuarat Pemimpin mengenai Kerjasama Asia Timur.
Beliau berkata, China bersedia bekerjasama dengan EU untuk "membesarkan saiz kek kerjasama" , menggalakkan dan mengoptimumkan serta mengimbangi pembangunan perdagangan China-EU, membuka pasaran antara satu sama lain dengan lebih luas serta mewujudkan bidang pertumbuhan baharu dalam sektor hijau dan digital, termasuk inovasi sains dan teknologi, rantaian industri dan bekalan - bagi mencapai manfaat bersama yang tinggi dan hasil menang-menang.
Beliau berkata, atas dasar kesamaan dan saling menghormati, China bersedia menyelesaikan isu berkaitan kerjasama ekonomi dan perdagangan China- EU melalui dialog, perundingan serta persefahaman bersama.
Li turut menyatakan harapan agar EU menyediakan persekitaran perniagaan yang adil, saksama dan tidak mendiskriminasi bagi syarikat China yang beroperasi di Eropah, sambil menekankan bahawa institusi EU seharusnya memainkan peranan positif dalam memperkukuh hubungan dua hala.
Sementara itu, Costa berkata, EU berhasrat mengekalkan pertukaran peringkat tinggi dengan China, memperkukuh dialog dan komunikasi dalam pelbagai bidang serta meningkatkan kepercayaan bersama bagi menangani kebimbangan kedua-dua pihak dan menggalakkan kerjasama praktikal.
EU juga bersedia untuk memperkukuh komunikasi dan penyelarasan dengan China, mendukung multilateralisme serta bersama-sama menangani cabaran global seperti perubahan iklim, kata Costa.
-- BERNAMA