awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China sedia kongsi kejayaannya dengan dunia

Bernama
Bernama
04/03/2018
20:28 MYT
China sedia kongsi kejayaannya dengan dunia
Zhang Yesui berkata China mahukan pembangunan yang aman dan juga terus berhubung dengan negara-negara lain berdasarkan sistem kod yang aman. - Foto AP
China bersedia berkongsi amalan dan pengalaman kejayaannya dalam tadbir urus dan pembangunan ekonomi dengan negara lain sekiranya mereka berminat untuk mempelajarinya.
Timbalan Menteri Luarnya Zhang Yesui berkata bagaimanapun negara itu tidak akan mengeksport model pembangunannya mahupun mengimport model negara lain.
"China mengikuti trendnya sendiri justeru kami tidak akan minta negara lain meniru amalan kami namun jika mereka berminat untuk mempelajarinya, kami bersedia untuk berbincang dengan mereka.
"Kami bersedia berkongsi pengalaman kami dengan mereka dan kami tidak akan memaksa," katanya pada sidang media pertama bersempena Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-13 selama dua minggu di Great Hall of People, di sini pada Ahad.
Zhang yang juga jurucakap untuk sesi pertama NPC, berkata pembangunan China adalah kondusif kepada kestabilan dan kemakmuran dunia dengan setiap pembangunan China mewujudkan banyak peluang untuk dunia.
"Yang China mahukan ialah pembangunan yang aman dan juga terus berhubung dengan negara-negara lain berdasarkan sistem kod yang aman... China ada sumbangan tersendiri kepada pertumbuhan global serta perdagangan antarabangsa dan pembasmian kemiskinan," katanya.
Mengulas inisiatif Belt and Road, strategi pembangunan yang dicadangkan oleh China bagi membangunkan jaringan perdagangan dan infrastruktur yang menghubungkan Asia dengan Eropah dan Afrika, Zhang berkata tujuan inisiatif ialah untuk mengusahakan faedah bersama dengan semua yang terlibat, bukan alat geo-strategik negara itu.
Beliau berkata setakat ini banyak kemajuan telah dicapai antaranya pembangunan infrastruktur saling hubung telah memberikan hasil awal, dasar komunikasi semakin mantap manakala mekanisme kerjasama sedang diperkukuh dan kolaborasi di peringkat akar umbi pula sedang berlangsung dalam semua aspek.
Sementara itu dalam ucapan pembukaannya pada sidang media tersebut, beliau berkata sesi tahunan ke-13 berkenaan akan menyaksikan pemilihan pegawai kerajaan baharu, justeru bakal menjadi acara besar dalam senario politik rakyat China.
Timbalan-timbalan NPC akan membincangkan tentang draf semakan semula perlembagaan China, draf undang-undang penyeliaan serta pelan pembaharuan institusi-institusi majlis negeri, katanya.
Sesi pertama NPC, badan perundangan kebangsaan China, akan bermula pagi esok selama 15 hari setengah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Beijing
#Belt and Road
#China
#ekonomi
#kejayaan negara
#Kongres Rakyat Kebangsaan China
#NPC
#pelaburan
#perdagangan
#Perlembagaan
#semakan semula
#Zhang Yesui
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan