China sertai perbincangan kecemasan susulan penularan koronavirus

Agensi
Januari 21, 2020 11:03 MYT
China mengesahkan akan mengambil bahagian dalam perbincangan kecemasan yang diketuai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) susulan penularan Koronavirus yang sehingga kini menjangkiti lebih 200 penduduk.
China mengesahkan akan mengambil bahagian dalam perbincangan kecemasan yang diketuai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) susulan penularan koronavirus yang sehingga kini menjangkiti lebih 200 penduduk.
Jurucakap Menteri Luarnya, Geng Shuang berkata, China akan berkongsi maklumat penting dengan negara lain dan agensi terlibat sepanjang pertemuan berkenaan.
"China akan meneruskan usaha meningkatkan kerjasama dengan negara-negara lain untuk bersama-sama menangani wabak serta memastikan keselamatan kesihatan global," katanya dalam satu sidang media di Beijing.
Sehingga kini, empat orang dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan koronavirus.
Penyebaran virus berkenaan dikatakan bermula dari sebuah pasar di Wuhan, China.
Ketika ini, pihak berkuasa China sedang giat melakukan saringan kesihatan ke atas mereka yang masuk dan keluar dari negara itu.
"Setiap orang perlu melalui pemeriksaan sebelum masuk dan keluar Wuhan," ujarnya.
#Beijing #China #keselamatan #kesihatan #koronavirus #meninggal dunia #PBB