BEIJING: China menyeru agar pihak-pihak terlibat dalam konflik antara Israel dan Palestin kekal bertenang bagi mengelakkan situasi bertambah buruk.
Seruan itu dibuat Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun, dalam satu sesi tergempar Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai krisis di Asia Barat itu pada Ahad.
Zhang berkata China amat bimbang terhadap pertempuran ganas antara Israel dengan kumpulan bersenjata di Gaza serta situasi yang makin meruncing di kawasan berkenaan.
"Kami (China) mengutuk tindakan ganas dan serangan ke atas orang awam dan semua pihak yang berkonflik harus bersabar ke arah mencapai persetujuan gencatan senjata.
"Pihak terbabit perlu mematuhi kewajipan mereka mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan jangan melakukan serangan atau pemusnahan menyasar rakyat jelata dan kemudahan awam," kata beliau pada Ahad.
Duta China itu berkata keadaan ketika ini amat rapuh dan China menyokong PBB, serta negara berkenaan menjadi orang tengah bagi meredakan ketegangan.
"Kami berharap UNSC sentiasa bersedia mengambil tindakan yang diperlukan untuk menggalakkan dialog, mencapai gencatan senjata dan memulihkan perdamaian," kata Zhang.
Beliau berkata proses perdamaian Asia Barat yang menyimpang daripada landasan merupakan punca utama berulangnya krisis Palestin-Israel.
"Masyarakat antarabangsa dan pihak terbabit harus bersinergi mengendalikan krisis kali ini dan melakukan segala usaha untuk memajukan 'penyelesaian dua negara'," kata Zhang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 09 2023
Zhang berkata China amat bimbang terhadap pertempuran ganas antara Israel dengan kumpulan bersenjata di Gaza serta situasi yang makin meruncing di kawasan berkenaan. - Gambar/ FB Zhang Jun
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian – Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Iran memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
AWANI Ringkas: Empat individu mengaku bersalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).
Polis terima laporan kes gaduh libat anak bekas Exco Pulau Pinang
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai pergaduhan melibatkan beberapa individu di sebuah kafe di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada 13 Mei lalu.
Konsert Dato' M.N45ir Cipta bakal gegar Axiata Arena 10 Ogos
Maestro muzik tersohor, Datuk M Nasir akan tampil dengan Konsert Dato' M.N45ir Cipta yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos depan.
Lebih 569 tan bantuan dihantar melalui jeti sementara ke Gaza - AS
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lepas.
Tiada bekalan perubatan diterima di Gaza selama 10 hari - WHO
Penutupan lintasan Rafah ke Gaza oleh Israel telah menyebabkan "situasi yang sukar."
Bukan tidak cakna gerakan 'Eyes On Rafah'... ini penjelasan Ning Baizura!
Ning Baizura nafi tidak sensitif mengenai situasi semasa di Palestin dan gerakan All Eyes On Rafah.
Ketua PBB sedih dengan kematian kakitangannya di Gaza
Setiausaha Agung mengutuk semua serangan ke atas kakitangan PBB dan menggesa siasatan penuh.
Tentera Israel arah penduduk Palestin berpindah dari Rafah
Arahan berpindah itu dikeluarkan menerusi risalah yang digugurkan dari udara.
Laporan Amerika dedahkan Israel salah guna bantuan senjata
Pentadbiran Joe Biden mendapati Israel menggunakan bantuan senjata dari AS tanpa mengikut lunas undang-undang antarabangsa.
Rundingan gencatan senjata disambung semula hari ini di Mesir
Rundingan berterusan dilakukan selepas Hamas menghantar maklum balas mengenai cadangan yang mungkin "boleh disifatkan sebagai positif."
Iran, Turki sambut baik tindakan Hamas terima cadangan gencatan senjata
Langkah Hamas penting dari segi "kecerdasan politik penentangan" dan Israel digesa lakukan perkara yang sama.
Hamas terima cadangan gencatan senjata di Gaza, Israel tidak setuju
Benjamin Netanyahu sifatkan perjanjian gencatan senjata itu tidak memenuhi tuntutan Israel.
Delegasi Hamas akan ke Mesir untuk rundingan gencatan senjata - Ismail Haniyeh
Delegasi Hamas akan ke Mesir bagi meneruskan perbincangan secara tidak langsung dengan Israel untuk gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.