[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
INTERNATIONAL

China seru lindungi hak dan kepentingan rakyat Afghanistan

Bernama 20/06/2023 | 08:36 MYT
China turut berharap agar Taliban dan pihak-pihak terbabit dapat menyelesaikan isu berkaitan perlindungan hak dan kepentingan golongan wanita menerusi perundingan. - Gambar fail/Reuters
GENEVA: China menyeru supaya bantuan kemanusiaan dan pembangunan terus disalurkan kepada Afghanistan dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi dan menambah baik kesejahteraan rakyat negara itu.
Memetik ucapan wakil China ketika sesi ke-53 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) pada Isnin, usaha juga perlu diteruskan untuk menggalakkan pentadbiran Afghanistan yang sederhana dan stabil menerusi dialog dan komunikasi.
China turut berharap agar Taliban dan pihak-pihak terbabit dapat menyelesaikan isu berkaitan perlindungan hak dan kepentingan golongan wanita menerusi perundingan.
Menurut wakil China itu, amalan merampas aset Afghanistan secara terang-terangan telah memburukkan lagi penderitaan rakyat negara itu termasuk wanita dan kanak-kanak.
Justeru, masyarakat antarabangsa perlu melihat pelbagai cabaran didepani Afghanistan secara menyeluruh, objektif serta dari sudut sejarah dan memastikan hak dan kepentingan seluruh rakyat diberi perlindungan yang berkesan.
-- BERNAMA
#Afghanistan #China #kemanusiaan #ekonomi #Taliban