awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Anugerah Madani Agro Excellence iktiraf pengusaha industri pertanian, makanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China seru masyarakat antarabangsa bantu tangani isu Palestin

Bernama
Bernama
26/08/2022
10:10 MYT
China seru masyarakat antarabangsa bantu tangani isu Palestin
Wakil tetap China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun menyeru masyarakat antarabangsa untuk bertindak secara substantif untuk membantu menyelesaikan isu Palestin secepat mungkin. - Gambar fail/REUTERS
BEIJING: Wakil tetap China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun menyeru masyarakat antarabangsa untuk bertindak secara substantif untuk membantu menyelesaikan isu Palestin secepat mungkin.
Berucap pada mesyuarat terbuka Majlis Keselamatan PBB yang membincangkan mengenai isu Palestin pada Khamis, beliau berkata konflik Gaza yang meletus pada Ogos lalu telah mengakibatkan kematian dan kecederaan ratusan penduduk, serta kerosakan infrastruktur.
Justeru, Zhang berkata pelbagai pihak terlibat perlu menghentikan tindakan yang boleh menambah ketegangan dan sebaliknya mencari jalan bagi meredakan ketegangan.
Beliau mencadangkan Palestin dan Israel untuk berunding dan mencapai kesepakatan serta menghentikan mengambil tindakan secara sepihak.
Zhang berharap 'penyelesaian dua negara' dapat segera dimuktamadkan untuk memastikan rakyat Palestin dapat kembali semua hak mereka dan merealisasikan kewujudan Palestin dan Israel yang harmoni , demi keamanan di rantau Asia Barat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#PBB
#Zhang Jun
#isu Palestin
#masyarakat antarbangsa
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan