awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China sumbang AS$100 juta kepada COVAX

Bernama
Bernama
16/02/2022
09:56 MYT
China sumbang AS$100 juta kepada COVAX
Sumbangan tersebut adalah untuk membolehkan negara-negara membangun mendapat akses vaksin. - Gambar hiasan/AP
GENEVA: China menandatangani perjanjian dengan Persekutuan Imunisasi dan Vaksin Global (GAVI) untuk menyumbang sebanyak AS$100 juta (RM419 juta) kepada Pelan Peruntukan Vaksin COVID-19 (COVAX).
Memetik laman rasmi Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sumbangan tersebut adalah untuk membolehkan negara-negara membangun mendapat akses vaksin.
"China sentiasa fokus untuk menjamin kesamarataan akses vaksin yang selamat dan berkesan kepada negara membangun," menurut laman rasmi tersebut.
Terdahulu, Presiden China, Xi Jinping pada Forum Antarabangsa Kerjasama Vaksin COVID-19 tahun lalu mengumumkan bahawa pihaknya berusaha memperuntukkan dua bilion dos vaksin kepada seluruh dunia, selain menyumbang AS$100 juta (RM419 juta) kepada COVAX.
Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada Isnin ketika mengulas mengenai sumbangan itu berkata ia membuktikan China turut menunaikan janji yang dibuat.
Beliau berkata, vaksin sebanyak lebih 200 juta dos yang diperuntukkan China juga memainkan peranan membina dalam meningkatkan kemampuan dan kebolehcapaian vaksin berkenaan kepada negara-negara membangun.
Jelas Wang, susulan situasi pandemik yang masih tidak menentu, merealisasikan kesaksamaan pengagihan vaksin dan menghapuskan "jurang imunisasi" kini menjadi keutamaan.
Katanya, China akan terus mengekalkan konsep komuniti kesihatan manusia dan multiliteralisme yang sebenar untuk menyokong mekanisme kerjasama pencegahan wabak dalam kerangka multiliteralisme, bagi mengatasi pandemik seawal mungkin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#covx
#vaksin
#negara membangun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan