awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
Gencatan senjata Gaza: Realiti lapangan tidak seiring pelan, curiga keadaan tambah baik – Presiden MAPIM
Ranking Zii Jia terus merudum
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China sumbang lagi vaksin COVID-19 kepada Palestin

Bernama
Bernama
10/03/2022
20:30 MYT
China sumbang lagi vaksin COVID-19 kepada Palestin
China pada Rabu menyerahkan bantuan vaksin COVID-19 kumpulan ketiga sumbangan China kepada Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA) bagi kegunaan pelarian Palestin di wilayah Lubnan. - Gambar fail/REUTERS
RAMALLAH: China pada Rabu menyerahkan bantuan vaksin COVID-19 kumpulan ketiga sumbangan China kepada Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA) bagi kegunaan pelarian Palestin di wilayah Lubnan.
Ketua Pejabat Perwakilan China di Palestin, Guo Wei menyifatkan bantuan tersebut sebagai langkah pragmatik dalam pelaksanaan inisiatif kerjasama vaksin global yang dikemukakan China.
Menurut beliau, China akan terus menyokong usaha UNRWA dan memberikan bantuan yang praktikal kepada pelarian Palestin.
UNRWA dalam kenyataannya turut menzahirkan penghargaan kepada China dan menyatakan sumbangan itu bukan sahaja memberikan perlindungan kepada pelarian Palestin, malah dapat merealisasikan keadilan dalam pengagihan vaksin.
Untuk rekod, sejak tercetusnya wabak COVID-19, China telah menyumbang USD2 juta (RM8.37 juta) kepada UNRWA, di samping memberi bantuan barangan melawan wabak kepada agensi perubatan di Palestin, Jordan, Lubnan dan Syria serta menyediakan "kit kesihatan" kepada pelarian Palestin di luar wilayah negara itu.
Setakat ini, China juga telah menyediakan 200,000 dos vaksin COVID-19 kepada pelarian Palestin di luar wilayah negara itu dan kesemua vaksin itu telah dihantar ke Jordan, Syria dan Lubnan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#vaksin
#Palestin
#UNRWA
#lubnan
#Guo Wei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan