awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China tegas menentang, mengutuk pembunuhan Ismail Haniyeh

Agensi
Agensi
31/07/2024
23:15 MYT
China tegas menentang, mengutuk pembunuhan Ismail Haniyeh
China dengan tegas menentang dan mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh. - Gambar fail Bernama
NEW YORK: Wakil Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) China memulakan ucapan dalam mesyuarat tergempar majlis itu pada Rabu mengenai pembunuhan pemimpin politik Hamas, Ismail Haniyeh.
Duta Besarnya, Fu Cong berkata, China dengan tegas menentang dan mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan itu.
Dalam masa sama, China tegas beliau, amat bimbang dan prihatin dengan peningkatan ketegangan di rantau berkenaan selain dengan pelbagai kemungkinan yang akan tercetus.
Bahkan, kata Fu Cong, pendekatan ketenteraan yang ditawarkan dalam usaha merungkai kemelut di rantau itu tidak menawarkan "sebarang penyelesaian" dan "hanya akan membawa kepada krisis yang lebih besar."
Sementara itu, media antarabangsa melaporkan, Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar pada Rabu susulan pembunuhan Ismail yang juga Ketua Biro Politik Hamas.
Rusia, yang kini memegang jawatan Presiden Majlis Keselamatan berkata, mesyuarat itu berlangsung pada pukul 4 petang waktu tempatan.
Sesi tergempar itu diminta oleh Iran dan disokong oleh Rusia, Algeria dan China. - Agensi
Topic Berkaitan
#Ismail Haniyeh
#Ismail Haniyeh dibunuh
#china beri amaran
#Majlis Keselamatan PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan