China terus dilanda hujan lebat, jejaskan jaringan jalan raya

Agensi
Jun 14, 2020 13:29 MYT
Kehidupan jutaan penduduk terjejas susulan bencana banjir di Chongqing, Guangxi, Anhui dan beberapa wilayah lain sejak 2 Jun lalu. - AP Newsroom
Hujan lebat yang terus melanda China menyebabkan banyak kawasan pusat perniagaan dan jaringan jalan raya dilanda banjir pada Sabtu.
Memetik laporan media tempatan, di Chongqing, hujan yang berterusan di beberapa daerah menyebabkan rangkaian perhubungan termasuk laluan terowong terpaksa ditutup.
Di wilayah Anhui, bandar Hefei turut dinaiki air bah dan banyak kenderaan yang tenggelam.
Setakat ini, jutaan penduduk republik itu terjejas susulan banjir di Chongqing, Guangxi, Anhui dan beberapa wilayah lain sejak 2 Jun lalu.
BACA: Hujan lebat terus melanda China, jutaan penduduk terjejas
Ratusan penduduk juga sudah dipindahkan ke pusat penempatan sementara bagi mengelakkan risiko keselamatan.
Pasukan penyelamat juga sudah digerakkan ke lokasi kejadian bagi membantu proses pemindahan penduduk di kawasan berdepan bencana berkenaan.
#banjir #China #Chongqing #hujan lebat